• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet hiburan keluarga Galaxy Tab A 2018 tiba dalam saiz 10.5-inci

  • OLEH Najib
  • 4:56 pm
  • 04/09/2018
  • Komen
Tablet hiburan keluarga Galaxy Tab A 2018 tiba dalam saiz 10.5-inci
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat tablet bajet Samsung, maka anda boleh mendapatkan model terbaru Galaxy Tab A mereka bagi tahun 2018, Galaxy Tab A 10.5″. Ia adalah tablet hiburan dan multimedia untuk kegunaan seisi keluarga.

Perkara ini diumumkan oleh penjual peranti terkemuka, DirectD menerusi Facebook mereka. Tablet Galaxy Tab A 10.5″ (2018) ini dijual di Malaysia pada harga RM1,699 dengan dua pilihan warna, Hitam dan Kelabu.



SAMSUNG Galaxy TAB A 10.5" (2018) – LATEST model by Samsung Malaysia!

Price is RM1699. Available in black and grey…

Posted by DirectD on Sunday, September 2, 2018

DirectD memaklumkan lagi, ini adalah set rasmi Malaysia. Agak pelik kerana ia masih tidak tersenarai di laman web Samsung Malaysia, tapi telah kelihatan di Samsung Indonesia. Tablet ini datang dengan sambungan rangkaian 4G LTE dan ia menyokong fungsi panggilan suara.

Skrin Galaxy Tab A 10.5 ini berukuran 10.5-inci, dengan resolusi HD Penuh 1920×1200 dalam nisbah 16:10. Di dalam, ia dikuasakan CPU Snapdragon 450 bersama 3GB RAM. Storan dalaman pula sebanyak 32GB dan menerima storan tambahan dari kad mikroSD sehingga 400GB.



Sistem bunyi tablet ini berkualiti tinggi kerana ia memiliki empat speaker yang menyokong teknologi Dolby Atmos. Malah, ia juga memiliki port audio 3.5mm bagi yang mahukan halwa telinga berwayar. Tetapi tiada pengimbas capjari kelihatan di tablet ini.

Untuk kamera, ia hanya menggunakan lensa 8MP di belakang dan lensa 5MP di depan, cukup untuk membuat panggilan video. Bateri sebesar 7,300mAh dipasang di dalamnya yang dicas melalui sambungan USB-C. Ia menyokong pengecasan pantas dengan cas penuh mengambil masa selama 200 minit. Dikatakan ia boleh memainkan video sehingga 15 jam berterusan.

Sebagai tablet hiburan keluarga, tablet ini memiliki mod pelbagai pengguna. Ibu bapa boleh mengehadkan masa penggunaan anak-anak melalui mod Kids. Kawalan aplikasi juga boleh ditetapkan, agar anak-anak tidak tersilap memuat turun aplikasi yang tidak berkenaan.

Dengan kuasa Snapdragon 450, 3GB RAM dan 32GB storan pada harga RM1,699 kelihatan agak sukar untuk ia bersaing dengan tablet seperti Huawei Mediapad M5 (RM1,499), Huawei Mediapad M5 Pro (RM1,899), atau Apple iPad 32GB LTE (RM1,885).

Apa pendapat anda, adakah tablet Samsung Galaxy Tab A 10.5″ (2018) ini adalah pilihan terbaik?

Tags: Galaxy Tab AGalaxy Tab A 10.5Galaxy Tab A 10.5 2018Galaxy Tab A 2018samsungSamsung Galaxy Tab A
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Tablet hiburan keluarga Galaxy Tab A 2018 tiba dalam saiz 10.5-inci

Tablet hiburan keluarga Galaxy Tab A 2018 tiba dalam saiz 10.5-inci

4 September 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER