• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS tambah satu lagi plaza tol yang akan sokong pembayaran terbuka kad debit/kredit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:07 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
PLUS tambah satu lagi plaza tol yang akan sokong pembayaran terbuka kad debit/kredit
Share on FacebookShare on Twitter

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan yang pihak mereka akan mula menawarkan sistem pembayaran terbuka di dua lokasi lebuh raya dalam bulan September 2023 nanti. Lokasi yang pertama adalah Jambatan Pulau Pinang dan yang kedua adalah Plaza Tol Kubang Semang dalam laluan Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Monopoli Touch n Go di tol akan dihentikan, pengguna diberi pilihan pembayaran digital terbuka



Menurut PLUS lagi, pengguna dijangka boleh melakukan pembayaran menggunakan kad kredit dan debit di Lorong RFID. Ia mungkin mencadangkan PLUS bakal mengguna pakai pelekat RFID mereka sendiri untuk tujuan tersebut. Di BKE pula, mungkin terdapat pembaca kad baharu di lorong berpalang kerana PLUS tidak pula menyentuh perihal RFID di laluan tersebut.

Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri



Jambatan Pulau Pinang adalah salah satu daripada 5 lebuh raya yang akan mengguna pakai sistem pembayaran terbuka seperti yang diumumkan Menteri Kerja Raya, YB Alexander Nanta Linggi.

5 lebuhraya ini akan terima pembayaran kad kredit/debit sebelum September 2023

Baki 4 lebuh raya akan menggunakan sistem pembayaran terbuka ialah:

  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (BESRAYA)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (PROLINTAS)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (PROLINTAS)

Sumber: PLUS

Tags: bkeJambatan Pulau Pinanglebuh rayaplusrfid
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PLUS tambah satu lagi plaza tol yang akan sokong pembayaran terbuka kad debit/kredit

PLUS tambah satu lagi plaza tol yang akan sokong pembayaran terbuka kad debit/kredit

27 March 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN