• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2023)

  • OLEH Najib
  • 5:24 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2023)
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda nak cari telefon yang murah dan paling berbaloi, ini saya ada senaraikan 5 telefon pintar terbaik boleh anda dapatkan. Harganya semua di bawah rm600. Untuk telefon bajet rendah ni, anda tak boleh nak semua paling baik. Kena tetapkan apa perkara paling penting perlu ada.

Anda boleh tonton senarai 5 telefon terbaik bawah RM600 dalam video di bawah. Kami juga ada sediakan senarai di bawah RM1,200 di sini, dan bawah RM2,000 di sini.



1. Wiko T50 (6GB+128GB)

Telefon Wiko T50 ni sebenarnya boleh masuk kelas pertengahan. Selain dikuasakan cip Mediatek Helio G85 bersama RAM 6GB dan storan 128GB, ia juga ada skrin LCD HD penuh 90Hz, kuasa pengecas 40W dan kamera utama 64MP.

Cuma bateri kecil sikit, 4000mAh. Harga pelancarannya tahun lepas RM899, tapi sekarang boleh dibeli di bawah RM600.



Dapatkannya di Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

2. Infinix Hot 20 (6GB+128GB)

Infinix sekarang memang popular sebagai telefon murah di Malaysia. Ia pun guna cip Helio G85, RAM 6GB dan storan 128GB. Skrin pun paling besar, 6.81-inci tapi resolusi HD sahaja. Bateri 5000mAh dengan kuasa pengecas 18W USB.

Speaker pun stereo. Tapi paling menarik, ia ada NFC. Satu-satunya dalam senarai ni. Bermakna boleh guna Google Pay dan tambah nilai kad Touch n Go NFC.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

3. ZTE Blade V40 Vita (4GB+128GB)

Nama ZTE mungkin jarang didengar tapi ia pun ada banyak telefon murah dan berbaloi. Prestasi ala kadar, guna cip Unisoc T606 dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Tapi yang terbaiknya, bateri dia besar 6000mAh dan kuasa pengecas 22.5W, laju tu.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

4. Samsung Galaxy A04s (4GB+64GB)

Telefon Samsung ni serba-serbi biasa, tak power sangat tak cikai sangat. Kalau tak nak pening, beli je Galaxy A04s ni. Anda boleh dapat bawah RM600 dengan RAM 4GB dan storan 64GB. Skrinnya LCD 6.5-inci HD 90Hz. Bateri 5,000mAh dan kuasa mengecas 15W USB-C. Kamera utama 50MP.

Bunyi macam agak biasa je, tapi telefon Samsung ni bagi saya antaramuka paling senang guna, sesuai untuk orang tua atau kanak-kanak. Selain tu, Samsung pun banyak pusat khidmat pelanggan di Malaysia, senang kalau ada apa masalah nak baiki. Samsung pun bagi jaminan kemaskini keselamatan setiap suku tahun.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

5. Poco C40 (4GB+64GB)

Nama Poco memang terkenal sebagai telefon murah. Di Poco C40 ni, ia guna cip yang kurang popular, JLQ JR510, dikatakan setanding Snapdragon 450 atau Helio G35.

Skrinnya besar, 6.71-inci HD tetapi kelebihan utamanya adalah bateri tersangat besar, 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Pengecas diberikan di dalam kotak tetapi berkuasa 10W sahaja.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

Bacaan Berkaitan

  • 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
  • 5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2023
  • 5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
  • 5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Tahun 2023)
Tags: 5 terbaikmobiletelefon
Najib

Najib

POPULAR

5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2023)

5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mac 2023)

4 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER