• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023

  • OLEH Najib
  • 4:07 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baru 2023 ni mesti ada yang mula cari telefon baru nak beli. Kalau bajet yang anda tetapkan adalah RM2,000, anda boleh semak senarai 5 telefon terbaik yang kami sediakan ini. Ia adalah telefon pintar yang telah dilancar di Malaysia dan boleh dibeli di sini.

Setiap telefon ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Anda sebagai bakal pemilik, perlu menetapkan apakah perkara paling penting diperlukan, baru senang nak pilih yang mana satu terbaik untuk anda.



Berikut adalah 5 telefon pintar terbaik anda boleh beli di Malaysia di bawah RM2,000 tahun 2023:

1. Poco F4 GT (8+128) RM2,299 [Promo bawah RM2,000]

Untuk Poco F4 GT, harga rasminya dari rm2,299 tapi tiap-tiap bulan Poco ada promosi yang buat harganya di bawah rm2,000. Paling murah saya pernah nampak RM1,699.



Untuk prestasi dan gaming, ini telefon terbaik bawah rm2000 sebab dia ada kuasa snapdragon 8 gen 1, RAM LPDDR5, skrin AMOLED 120hz, 4 speaker stereo dan pengecas pantas 120w. Paling best, dia ada butang bahu fizikal. Tapi bahagian kamera dia letak yang biasa sahaja, buat cukup makan.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

2. Realme GT Neo 3 (8+256) RM1,999

Realme GT Neo 3 pula, cip Dimensity 8100 di dalamnya antara terbaik keluaran Mediatek tahun lepas. Kamera pun lebih baik daripada Poco tadi, antara sebabnya ia guna sensor Sony IMX766 dan ada OIS.

Lain-lain spesifikasi pun bagus macam skrin AMOLED 120Hz, speaker stereo, dan pengecasan pantas 80W. Ini pilihan terbaik untuk yang tak berapa gemar antaramuka MIUI di Xiaomi dan Poco.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

3. Xiaomi 12T (8+256) RM1,999

Xiaomi 12T ni antara pilihan umum yang bagus. Dia ada kuasa Mediatek Dimensity 8100 Ultra, baik sikit daripada 8100 biasa di Realme. Kamera pun menarik, 108MP di belakang dan 20MP di depan. Ada skrin AMOLED 120hz, speaker stereo dan pengecasan pantas 120W. Ditambah lagi dengan jaminan Xiaomi iaitu 3 kali kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

4. Samsung Galaxy A73 (8+256) RM2,099

Telefon Samsung bagi saya adalah pilihan terbaik untuk pengguna biasa. Bagi Galaxy A73, kelebihan utama adalah ia kalis air dan debu IP67, tak ada di telefon lain kalis air bawah RM2,000. Di samping itu, skrin juga terbaik, Super AMOLED Plus 120Hz. Kamera utama pun 108MP dan ada OIS.

Samsung pun janjikan kemaskini Android 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun, lagi panjang dari Xiaomi. Paling best, Samsung ada banyak pusat khidmat pelanggan di Malaysia, senang nak pergi kalau ada masalah.

Tapi kalau nak jimat, saya cadang beli Galaxy A53 je, RM1,699. Bezanya kamera utama 64MP, guna cip Exynos dan skrin kecil sedap pegang 6.5-inci.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee. Dapatkan Galaxy A53 (8+256) RM1,699 di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

5. Nothing Phone 1 (8+256) RM1,999

Mungkin terkesan dengan hype melampau Nothing tahun lepas, Nothing Phone 1 termasuk dalam senarai kali ini. Tapi ia memang telefon yang menarik dan unik, dengan Glyph Interface iaitu lampu led yang boleh lip lap dalam ribuan kombinasi.

Kelebihan utamanya adalah sokongan pengecasan wayarles 15W, tapi pengecas wayar hanya 33W. Kameranya 50MP OIS, ada speaker stereo, skrin pun tak besar sangat 6.55-inci 120hz AMOLED. Ini telefon yang sedap dipegang dan sedap dipandang. Nothing pun janjikan kemaskini android 3 kali dan kemaskini keselamatan 4 tahun.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

Tags: 5 terbaikNothingNothing Phone 1PocoPoco F4 GTRealmeRealme GT Neo 3samsungSamsung Galaxy A53samsung galaxy a73xiaomixiaomi 12t
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023

16 Februari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER