• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rakyat Malaysia boleh membayar dengan kod QR PayNow di Singapura menggunakan perbankan Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:16 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Hantar wang antara Malaysia dan Singapura akan lebih mudah dengan DuitNow dan PayNow
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia yang sering ke Singapura, kini boleh berbelanja lebih mudah menggunakan pembayaran kod QR. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengesahkan bahawa pembayaran DuitNow QR rentas negara di Singapura kini boleh mula digunakan. Bermakna, rakyat Malaysia yang ke Singapura boleh membuat bayaran dengan mengimbas kod QR Paynow Singapura di kedai-kedai di sana. Begitu juga untuk rakyat Singapura, boleh mengimbas kod QR DuitNow di Malaysia.

Menurut laman web Maybank, pembayaran QR telah boleh dilakukan di Singapura. Hanya cari kod QR pembayaran, imbas menggunakan aplikasi MAE dan pengguna akan diminta mengisi jumlah yang ingin dibayar, dalam Dolar Singapura (SGD). Kemudian, pengguna akan dapat melihat jumlah yang akan dibayar dalam SGD dan MYR sebelum pembayaran dibuat. Pengguna mungkin perlu membuat pengesahan tambahan untuk pembayaran melebihi RM250 (~SGD75.30). Selepas itu, pengguna akan menerima resit pengesahan bayaran.



Tetapi ia masih ada hadnya. Antaranya, had transaksi harian untuk transaksi rentas negara DuitNow QR adalah RM1,000 atau bersamaan dengan RM1,000 dalam matawang asing, iaitu kira-kira SGD301.18 buat masa ini. Tetapi had harian ini boleh diubah.

Pembayaran rentas negara DuitNow QR juga hanya boleh digunakan oleh bank DBS dan UOB Bank melalui SG QR di Singapura. Selain itu, pengguna hanya boleh memilih antara akaun simpanan dan akaun semasa sebagai sumber pembayaran. Aplikasi MAE juga mestilah versi 9.4 dan ke atas untuk menggunakan fungsi ini. Perlu juga diketahui bahawa kadar tukaran matawang asing mungkin lebih tinggi untuk menampung penggunaan perkhidmatan pembayaran QR rentas negara.



Di Singapura pula, laman web UOB Bank turut memaparkan laman sokongan yang serupa di mana pengguna Singapura boleh menggunakan aplikasi UOB untuk mengimbas dan membayar DuitNow QR di Malaysia. Bermakna, pembayaran DuitNow QR dan SG QR boleh digunakan dua hala, memberi kemudahan kepada pengguna di kedua-dua buah negara kemudahan membayar.

Singapura adalah negara ketiga pembayaran kod QR rentas negara bersama Malaysia, selepas Thailand dan Indonesia.

Pembayaran rentas negara ini merupakan sebahagian daripada Projek Nexus untuk menghubungkan sistem pembayaran QR di pelbagai negara, diuruskan oleh BNM dan Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Di dalam Laporan Tahunan 2022 BNM, dinyatakan bahawa BNM telah sedia menghubungkan dua hala sistem pembayaran QR rentas negara bersama Thailand, Indonesia dan Singapura. Ini membenarkan rakyat Malaysia ke negara tersebut membuat pembayaran pantas melalui kod QR di sana, serta sebaliknya. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya terdapat bersama Singapura buat masa ini.

Pada tahun 2021, BNM dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengumumkan untuk melancarkan fasa pertama pembayaran QR rentas negara pada akhir 2022. Laporan Tahunan 2022 BNM juga menyatakan, Malaysia sedang bekerjasama dengan Filipina untuk membenarkan sistem pembayaran QR dua hala. Secara keseluruhan, terdapat tujuh sistem pembayaran QR dua hala di Asia Tenggara iaitu Kemboja-Thailand, Indonesia-Malaysia, Indonesia-Thailand, Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura, Thailand-Singapura, dan Thailand-Vietnam.

Tags: bnmduitnowDuitNow QRMaybank
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Hantar wang antara Malaysia dan Singapura akan lebih mudah dengan DuitNow dan PayNow

Rakyat Malaysia boleh membayar dengan kod QR PayNow di Singapura menggunakan perbankan Malaysia

30 March 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN