• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch GT Cyber masuki Malaysia 6 April ini, apa yang menarik?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:07 pm
  • 03/04/2023
  • Komen
Huawei Watch GT Cyber masuki Malaysia 6 April ini, apa yang menarik?
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei menjadualkan pelancaran satu produk baharu dalam kategori peranti boleh pakai. Huawei Watch GT Cyber bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada 6 April 2023 ini.

Huawei Watch GT Cyber adalah satu jam tangan pintar yang unik. Sebenarnya ia sudahpun dilancarkan dalam tahun 2022 lalu. Baru kini ia dikhabarkan memasuki Malaysia.



Spesifikasi Huawei Watch GT Cyber

Ciri unik yang ingin diketengahkah Huawei pada Watch GT Cyber adalah kebolehan untuk badannya ditukar ganti. Ia tidak terhad kepada tukar strap, malahan keseluruhan badan jam boleh ditanggalkan daripada bekas untuk dtukar.

Walau bagaimanapun, gaya bekas yang disediakan nampak sama sahaja, bezanya cuba pada skima warna. Diharapkan Huawei boleh sediakan bekas jam bertemakan kasual juga untuk jadikan jam ini lebih versatil.



Di lain-lain bahagian, Huawei Watch GT Cyber cumalah jam tangan pintar yang biasa. Ia dilengkapi panel AMOLED 1.32” beresolusi 466p. Jam ini hadir dengan mikrofon dan speaker yang bermakna, panggilan telefon boleh dijawab terus melalui jam tangan dengan syarat ia berhubung dengan telefon secare Bluetooth.

Sekiranya tidak bercakap telefon, speakernya sahaja boleh digunakan untuk mendengar muzik.

Antara sensor yang tersemat pada badan Watch GT Cyber adalah seperti:

  • akselerometer
  • giroskop
  • magnetometer
  • pembaca nadi
  • barometer
  • gps

Dengan satu bateri penuh, ia boleh berkhidmat selamat 7 hari dalam penggunaan kasual ataupun 4 hari di bawah penggunaan lasak. Difinisi penggunaan lasak yang digariskan Huawei adalah seperti menjawab panggilan telefon 30 minit setiap hari, mendengar muzik Bluetooth 30 minit, fungsi TruSleep dihidupkan, senaman 180 minit untuk seminggu, dan skrin dihidupkan selama 30 minit setiap hari.

Di Malaysia, siri Watch GT paling premium boleh anda dapatkan adalah Huawei Watch GT 3 Pro Ceramic pada harga RM1,599. Ia miliki fungsi sama seperti Watch GT Cyber tapi dalam badan seramik dan tidak boleh ditukar ganti.

Adakah Watch GT Cyber akan diletakkan pada harga lebih tinggi daripada produk-produk sedia ada? Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei watch gthuawei watch gt cyberjam tanganwearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Huawei Watch GT Cyber masuki Malaysia 6 April ini, apa yang menarik?

Huawei Watch GT Cyber masuki Malaysia 6 April ini, apa yang menarik?

3 April 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER