• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman web rasmi IJN dan Jabatan Imigresen telah digodam

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:59 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
Laman web rasmi IJN dan Jabatan Imigresen telah digodam
Share on FacebookShare on Twitter

Pada pagi ini, laman web Institut Jantung Negara (IJN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didapati telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab setelah kedua-dua laman web rosak buat sementara waktu. Kejadian ini masih boleh dilihat menerusi cache hasil carian di Google, walaupun kedua-dua laman web telah pulih.

LAMAN WEB JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SEDANG DISELENGGARA

Dimaklumkan bahawa, laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu https://t.co/wjlb72vzMw sedang diselenggara buat sementara waktu.

➡️ https://t.co/4W2bb4XoGI pic.twitter.com/ToibB6P45y

— Imigresen Malaysia (@imigresenmy) April 4, 2023

Menerusi satu hantaran Twitter, JIM memaklumkan laman webnya sedang diselenggara buat sementara waktu. Hasil carian laman web tersebut turut memaparkan mesej ‘Hacked By CaptainSmok3r’, serta penggodam meninggalkan mesej seolah-olah melakukannya untuk suka-suka. Walaupun JIM tiada membuat pengumuman proses selenggara telah selesai, ia dilihat laman web tersebut sudah boleh digunakan.



Sumber gambar Twitter XavierNaxa

Manakala untuk laman web IJN, pada masa penulisan ini, ia telah pulih sepenuhnya tapi masih memaparkan bahasa asing pada hasil cariannya. Semasa digodam tengah hari tadi, halaman contact nampaknya telah digantikan dengan halaman katalog produk pakaian wanita. Ia juga boleh dilihat memaparkan produk fesyen lain seperti kasut.

Namun, belum ada pengumuman rasmi oleh kedua-dua agensi berkaitan sejauh mana laman web tersebut dikompromi. Tapi kedua-dua laman web telah beroperasi seperti biasa dan boleh diakses orang ramai.



Sebelum ini, kejadian yang serupa telah menimpa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan terkena serangan siber pada sistem IT mereka. Namun, AKPK proaktif dalam memaklumkan kejadian itu kepada orang ramai dan mengambil langkah untuk menyiasat pelayan dan menghentikan beberapa perkhidmatan untuk mengelakkan sebarang risiko pencerobohan lagi.

Diharapkan agensi lain boleh mengambil langkah seperti AKPK jika terkena serangan siber atau digodam, dan bukannya senyap tanpa memaklumkan orang ramai kerana ia melibatkan jutaan data pengguna.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: godamIJNinstitut jantung negarajabatan imigresen malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Laman web rasmi IJN dan Jabatan Imigresen telah digodam

Laman web rasmi IJN dan Jabatan Imigresen telah digodam

4 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN