• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Sony WF-C700N dilancar, fon putik ANC lebih murah daripada LinkBuds S

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
Sony WF-C700N dilancar, fon putik ANC lebih murah daripada LinkBuds S
Share on FacebookShare on Twitter

Sony memang terkenal dengan fon putik penyaring hingar aktif (ANC) yang hebat, seperti Linkbuds S dan WF-1000XM4. Tetapi harganya agak keras berbanding jenama lain. Kini Sony menjadikan fon putiknya lebih mampu dimiliki apabila melancarkan WF-C700N.

Sony mencipta fon putik WF-C700N dengan memastikan ia selesa dan stabil, tanpa mengira saiz telinga pengguna. Saiznya juga kecil, termasuk bekas pengecas yang lebih kompak daripada model Sony yang lain memudahkan ia disimpan dan dibawa berjalan.



Harga jualan WF-C700N

Untuk rujukan, Sony melancarkan fon putik WF-1000XM4 pada tahun 2021 dengan harga RM1,099. Setahun kemudian, Linkbuds S pula dilancarkan pada harga RM929. Untuk WF-C700N, harganya jauh murah iaitu RM549 sahaja.

Orang ramai boleh mula membeli fon putik WF-C700N di Malaysia mulai sekarang, di Stor Online Sony Malaysia, Lazada, Shopee, Sony Stores serta pengedar sah Sony.



Spesifikasi Sony WF-C700N

Fon putik yang ringan ini memiliki berat hanya 4.6g dan bekas pengecas seberat 31g. Sistem bunyinya dihasilkan oleh pemacu berukuran 5mm, dibantu teknologi Digital Sound Enhancement Engine (DSEE) untuk meningkatkan kualiti bunyi yang dimampat.

Penyaring hingar aktif pada WF-C700N menggunakan teknologi ‘Noise Sensor’ untuk membatalkan bunyi bising di sekeliling dan memastikan pengguna mendengar audio berkualiti tinggi. Mod Ambien turut disediakan, bagi pengguna mendegar bunyi persekitaran seperti tiada halangan fon putik di telinga.

Hayat bateri juga agak panjang, sehingga 7.5 jam jika ANC aktif atau sehingga 10 jam dengan ANC dimatikan. Bekas pengecas memberi masa tambahan diganda. Peminat aktiviti kecergasan juga tidak perlu risau kerana fon putik ini kalis percikan air IPX4.

Padanan dengan peranti boleh dibuat pantas melalui Android Fast Pair dan Window Swift Pair. Ia juga boleh bersambung serentak ke dua peranti.

Terdapat empat warna disediakan untuk WF-C700N iaitu hitam, putih, hijau dan ungu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Sony WF-C700N.

Bacaan Berkaitan

  • Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama
  • Tempahan awal Sony WF-1000XM4 dibuka dengan hadiah percuma bernilai RM399
  • Sony Linkbuds S ada spesifikasi hampir sama dengan WF-1000XM4 tapi RM170 lebih murah
Tags: SonySony WF-C700N
Najib

Najib

POPULAR

Sony WF-C700N dilancar, fon putik ANC lebih murah daripada LinkBuds S

Sony WF-C700N dilancar, fon putik ANC lebih murah daripada LinkBuds S

4 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER