• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma bersempena Aidilfitri 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:02 pm
  • 10/04/2023
  • Komen
Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma bersempena Aidilfitri 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Puspakom melalui laman rasmi mereka mengumumkan program Permeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma bersempena Aidilfitri 2023. Program percuma ini merangkumi kenderaan persendirian sahaja dan sekiranya anda berminat, program ini berlangsung antara 10 April hingga 20 April bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Pusat pemeriksaan yang terlibat adalah di seluruh negara kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri, dan Pasir Gundang. Kemudahan perkhidmatan bergerak daripada 9 pagi hingga 4 petang juga disediakan untuk tiga lokasi berikut:



  • 12 April 2023 di Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. Selangor
  • 15 April 2023 di Setia Alam Impian, Selangor
  • 19 April 2023 di Lotus’s Ara Damansara, Selangor

Antara yang akan diperiksa adalah:

  • Sistem brek
  • Pelincir sisi
  • Tayar
  • Asap
  • Lampu
  • Cermin Gelap
  • Bahagian bawah & atas kenderaan

Bagusnya program ini adlaah anda tidak perlu lakukan sebarang janji temu sebaliknya boleh terus walk-in kepada lokasi-lokasi yang dinyatakan. Pastikan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.



Inisiatif Puspakom ini wajar dipuji kerana ia dapat memastikan pengguna jalan raya boleh pulang ke kampung halaman bersempena dengan hari raya dengan tenang dan selamat.

Sumber: Puspakom

Tags: PUSPAKOM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma bersempena Aidilfitri 2023

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma bersempena Aidilfitri 2023

10 April 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN