• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Smart Band 8 akan sertai pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:06 am
  • 14/04/2023
  • Komen
Smart Band 8 akan sertai pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Menghampiri tarikh pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April 2023 ini, Xiaomi menambah sedikit info tentang satu lagi produk yang bakal mereka lancarkan dalam majlis yang sama iaitu XiaomiSmart Band 8.

Daripada poster yang dikongsikan, jelas kelihatan bahagian tali jam yang direka semula. Setakat Xiaomi Smart Band 7 Pro, semua tali jam siri Mi Band adalah berasaskan getah dan badan Mi Band perlu diselitkan di dalam tali jam. Untuk iterasi baharu, kelihatan yang tali jam berasaskan bar berspring digunakan. Ia seperti tali-tali jam kovensional yang lain.



Xiaomi Smart Band 7

Xiaomi 13 Ultra akan dilancar 18 April 2023, 7 malam waktu Malaysia

Kita sudah ketahui rupanya, spesifikasinya sahaja masih ketandusan. Namun, ia mestilah lebih baik berbanding Xiaomi Smart Band 7 sebelum ini. Walaupun Xiaomi Smart Band 7 Pro ada, tapi ia kelihatan seperti berada dalam kategori lain. Spesifikasi Xiaomi Smart Band 7 yang sedang dijual dalam pasaran masa ini adalah seperti panel paparan AMOLED 1.62” peka sentuhan. Ia juga ada sensor pengesan arah 6 paksi, sensor PPG, akselerometer, dan giroskop.



Xiaomi Smart Band 7 Pro

Berbekalkan bateri 180mAh, hayat bateri yang diiklankan adalah selama lebih 14 hari. Daripada segi harga, Xiaomi Smart Band 7 boleh anda dapati dalam pasaran Malaysia pada harga RM179.

Anda boleh ikuti pelancaran Xiaomi Smart Band 8, Xiaomi 13 Ultra, dan Xiaomi Pad 6 pada 18 April 2023 jam 7 malam waktu Malaysia.

Bacaan berkaitan

Redmi Note 12 Turbo sah telefon pintar pertama diperkasa cip Snapdragon 7+ Gen 2

Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED

Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tags: xiaomixiaomi smart band 8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Smart Band 8 akan sertai pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April 2023

Smart Band 8 akan sertai pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April 2023

14 April 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER