• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Risau bateri habis? Gentari akan perkenal pengecas EV mudah alih untuk atasi masalah ini

  • OLEH Najib
  • 11:37 am
  • 08/05/2023
  • Komen
Risau bateri habis? Gentari akan perkenal pengecas EV mudah alih untuk atasi masalah ini
Share on FacebookShare on Twitter

Gentari, anak syarikat Petronas yang membangunkan perkhidmatan mengecas kenderaan elektrik (EV) dilihat bersedia untuk memperkenal satu produk baru. Produk ini dijangka akan merevolusikan industri EV di Malaysia kerana ia boleh mengatasi satu masalah terbesar yang sering menjadi kerisauan orang ramai.

Dalam satu muat naik di media sosial, akaun @EVChargeGO meminta rakyat Malaysia untuk bersedia akan satu perkara besar yang akan datang. Menurut mereka, Gentari bersedia untuk merevolusikan pengalaman mengecas EV secara mudah alih.



pic.twitter.com/MjbDfvcF6A

— EVChargeGO (@EVChargeGO) May 7, 2023

EVChargeGo turut berkongsi sebuah video yang menunjukkan skrin peralatan tersebut menunjukkan sistem Gentari EV Charge GO diaktifkan. Persoalannya, bagaimana pula caranya Gentari akan menjadikan sistem mengecas EV mudah alih dah senang digunakan di mana-mana?

Perkara ini boleh dilakukan semudah membawa bateri mudah alih di atas sebuah kenderaan biasa, seperti 4×4 atau lori kepada kedudukan EV tersebut. Petronas sebenarnya pernah cuba memperkenal konsep ini pada tahun 2020 untuk membantu mengisi minyak petrol di jalanan, melalui Petronas ROVR. Sistem ini telah diuji di lebuhraya MEX, menggunakan kenderaan 4×4. Tidak diketahui apa keputusan ujian ini dan mengapa ia tidak diteruskan, tetapi tidak mengejutkan jika ia digunakan untuk EV Charge Go nanti.



[Sumber: EV Charge GO]

Bacaan Berkaitan

  • Harga pengecas EV Gentari dinaikkan, pengecas DC 350kW kini RM1.70 setiap kWh
  • Gentari kongsi kepakaran pembangunan infrastruktur pengecas EV di Thailand melalui kerjasama dengan Evolt
  • Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga
Tags: EVEV MalaysiaGentari
Najib

Najib

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Risau bateri habis? Gentari akan perkenal pengecas EV mudah alih untuk atasi masalah ini

Risau bateri habis? Gentari akan perkenal pengecas EV mudah alih untuk atasi masalah ini

8 May 2023
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER