• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peranti baru Samsung Galaxy, 4 kali lebih seronok?

  • OLEH Najib
  • 6:45 pm
  • 14/09/2018
  • Komen
Peranti baru Samsung Galaxy, 4 kali lebih seronok?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung baru sahaja selesaikan melancarkan Galaxy Note9 menerusi acara yang dipanggil Galaxy Unpacked bulan lepas. Hari ini mereka mengumumkan satu lagi acara bulan depan, bertemakan 4x Fun.

Samsung Malaysia menerusi tweetnya berkongsi video berkenaan 4x Fun, A Galaxy Event. Acara ini akan berlangsung pada 11 Oktober 2018, dan disiarkan secara langsung menerusi laman web www.samsung.com/my.



Persoalannya, apakah yang akan Samsung lancarkan?

Let the fun times begin, this October 11, 2018. pic.twitter.com/vwX1gDWT4h

— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) September 14, 2018

Jemputan ke acara tersebut tidak menyatakan perkara lain atau apa-apa maklumat lanjut. Perkara paling hampir yang kami dapat rasakan, adalah pelancaran Galaxy A baru. Sebab ini pertama kali Samsung memanggil majlis pelancarannya, A Galaxy Event. Biasanya sebut Galaxy Unpacked. A Galaxy, Galaxy A. Hampir kan?



Persoalan seterusnya, apakah 4x Fun ini? Adakah ia merujuk kepada 4 kamera yang ada pada telefon pintar tersebut, seperti Huawei Nova 2i ataupun membawa maksud 4x zum, optikal mungkin? Atau ia sebenarnya adalah 4 model baru telefon pintar yang akan dilancarkan?

Semuanya masih menjadi tanda tanya tetapi boleh dipastikan, ia akan sampai di Malaysia memandangkan Samsung Malaysia sendiri membawa berita ini. Apatah lagi, Malaysia adalah pasaran penting buat Samsung dan sering menjadi pilihan terawal penjualan peranti baru Samsung.

Majlis A Galaxy Event ini akan diadakan pada 11 Oktober 2018. Sama-sama kita tunggu ketibaannya nanti.

Tags: A Galaxy Eventsamsung
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Peranti baru Samsung Galaxy, 4 kali lebih seronok?

Peranti baru Samsung Galaxy, 4 kali lebih seronok?

14 September 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN