PRISM+ adalah nama yang tidak asing dalam pasaran monitor dan TV di Malaysia. Hari ini mereka melancarkan barisan TV 4K QLED terbaharu, dipanggil sebagai siri Q Ultra.Terdapat tiga saiz yang diperkenal dalam siri ini iaitu 55-inci, 65-inci dan 75-inci. Lebih menarik lagi, PRISM+ menyatakan harga TV QLED ini lebih murah berbanding jenama lain.
Harga dan ketersediaan
Orang ramai boleh mula membeli barisan TV PRISM+ Q Ultra mulai hari ini, 15 Mei 2023. Ia akan terdapat di laman web rasmi www.prismplus.my, stor rasmi PRISM+ di Lazada dan Shopee, serta di cawangan kedai PRISM+ di IOI City Mall dan Sunway Pyramid.
Harga rasmi TV baru ini adalah seperti berikut:
- PRISM+ Q75 Ultra – RM 4,499
- PRISM+ Q65 Ultra – RM 3,299
- PRISM+ Q55 Ultra – RM 2,299
Semua TV ini dijamin selama 2 tahun di lokasi pembeli. Pembeli juga akan menerima langganan penstriman percuma iaitu VIU (12 bulan), MeWatch (3 bulan), Durioo+ (3 bulan) dan WeTV (3 bulan).
Spesifikasi TV Q Ultra
Paparan TV Q Ultra menggunakan panel QLED yang mampu menghasilkan warna putih lebih cerah dan hitam lebih gelap. Kualiti paparan dipertingkat lagi dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Ia juga memaparkan resolusi tinggi Ultra HD 4K (3880×1440).
Sistem bunyi dihasilkan oleh dua speaker stereo dengan teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos. Sambungan wayarles menyokong WiFi 2.4/5GHz dan Bluetooth 5.1. Manakala sambungan berwayar menyediakan 3x HDMI, 1x HDMI ARC, 2x USB 2.0, 1x LAN, 1 lx AV, 1x Optical Audio dan 1x RF.
TV pintar ini menggunakan sistem operasi Google TV terbaharu. Ia membolehkan memuat turun ribuan aplikasi dari Google Playstore, serta menayangkan kandungan tanpa wayar menggunakn Chromecast. Malah, Google TV menyokong tetapan kawalan ibubapa, supaya ibubapa boleh mengawal kandungan yang ditonton anak mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.prismplus.my.