• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro tambah WeTV di Ultra Box, tawar harga langganan yang lebih murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:17 pm
  • 23/05/2023
  • Komen
Astro tambah WeTV di Ultra Box, tawar harga langganan yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Astro dalam pakej langganannya menawarkan banyak aplikasi penstriman lain bagi mempelbagaikan konten yang boleh dialami oleh pelanggan. Terbaru ini, Astro mengumumkan mereka telah menambah platform penstriman WeTV pada Ultra Box. WeTV adalah sebuah perkhidmatan penstriman oleh syarikat China Tencent. Ia menawarkan pelbagai kandungan Asia berkualiti tinggi termasuk siri-siri di Cina, Korea, Jepun, Asia Tenggara, Malaysia serta filem-filem terkenal Asia.

WeTV boleh diakses secara percuma bagi pengguna Ultra Box tapi untuk kandungan-kandungan tertentu. Untuk mendapatkan pakej penuh, Astro menawarkan langganan WeTV VIP yang lebih murah pada harga RM10.50, berbanding harga asal RM11.90 sebulan. Dengan langganan WeTV VIP, tontonan boleh dibuat di Ultra Box, laman web WeTV dan aplikasi mudah alih WeTV.



Selain itu, langganan WeTV VIP akan memberikan pengguna untuk menikmati lebih banyak akses pada kandungan eksklusif dan keupayaan untuk menstrim tanpa iklan. Bukan itu sahaja, pelanggan VIP boleh menonton pada dua peranti dalam satu masa. Antara konten premium yang akan ditawarkan dalam pelan VIP adalah drama cina seperti Prosecution Elite, The Love You Give Me, siri aksi-percintaan Love of Replica dan fantasi-percintaan Lost You Forever.

Bagi kandungan Indonesia, terdapat siri drama seperti Layangan Putus dan Antares 1 & 2. Selain itu, langganan VIP juga memberikan akses pada kandungan anime cina seperti Soul Land, Swallowed Star, Perfect World dan Throne of Seal.



Untuk makluman anda, WeTV adalah tambahan aplikasi ke 11 di Astro di samping Netflix, Disney+ Hotstar, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, Viu, iQIYI dan Astro Go.

Cara untuk menonton WeTV di Astro

Untuk menonton WeTV di Astro, pengguna Ultra Box boleh melihat kandungan percuma WeTV secara percuma tanpa perlu log masuk. Di halaman utama, tekan pilihan WeTV di bawah rel aplikasi dan pilih mana-mana kandungan ‘non-VIP’ yang ingin dilihat.

Untuk mengakses konten VIP, anda perlu melanggan WeTV VIP terlebih dahulu (anda boleh melanggan di sini). Setelah itu, anda boleh log masuk dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon dan log masuk menggunakan Astro ID anda. Kemudian tekan “Login Authorization” untuk meluluskan sambungan pada TV anda. Dengan itu anda dapat menstrim kesemua kandungan yang ditawarkan.

Bacaan berkaitan

  • Astro beri akses 3 bulan percuma Viu Premium kepada pelanggan Ultra Box
  • BBC Player tiba di Astro, aplikasi penstriman ke-8 ditawarkan untuk pelanggan
  • Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah
Tags: astroWeTV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro tambah WeTV di Ultra Box, tawar harga langganan yang lebih murah

Astro tambah WeTV di Ultra Box, tawar harga langganan yang lebih murah

23 May 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN