Sub jenama Vivo, iQoo telah melancarkan siri Neo 8 terbaru untuk pasaran China. Ia merangkumi iQoo Neo 8 dan Neo 8 Pro. Ini adalah kali pertama iQoo melancarkan varian Pro bagi siri Neo. Siri Neo 8 ini juga menampilkan cip terbaru MediaTek Dimensity.
iQoo Neo 8 dan Neo 8 Pro mempunyai bahagian luaran yang lebih kurang sama. Ia didatangkan dengan badan yang slim, kotak yang menempatkan dua modul kamera dan skrin bersaiz sama. Skrinnya berukuran 6.78 inci menggunakan panel AMOLED beresolusi 1.5k dan ada kadar penyegaran 144Hz. Kecerahan puncak menyokong sehingga 1,300 nits dan terdapat sokongan HDR10. Siri Neo 8 juga dimuatkan cip imej Vivo V1+.
Apa yang membezakan kedua-dua model ini adalah cipset yang digunakan. iQoo Neo 8 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1, manakala Neo 8 Pro dipacu oleh cip Dimensity 9200+. Kedua-dua telefon memiliki RAM LPDDR5 sehingga 16 GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB. RAM boleh diperluas dengan adanya teknologi RAM maya.
Lebih menarik, kedua-dua siri Neo 8 ini dilengkapi sistem penyejukan cecair VC untuk menghilangkan haba. Sementara itu, memberi tenaga pada telefon adalah bateri bersaiz 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W melalui USB-C. Ciri istimewa pada Neo 8 Pro adalah terdapat motor linear dwi paksi X.
Di segmen pengimejan, iQoo Neo 8 Pro mempunyai kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX866VCS dengan sokongan OIS dan satu kamera ultralebar 8MP. iQoo Neo 8 pula memiliki kamera utama 50MP dengan sokongan OIS dan kamera depth 2MP. Bahagian depan kedua-kedua telefon terdapat lubang kamera 16MP ditengah-tengah skrin.
Lain-lain ciri yang sama pada duo siri Neo 8 adalah pengimbas cap jari dalam skrin, sambungan Bluetooth 5.3, WiFi 7, NFC, pemancar IR dan sokongan 5G. Ia akan didatangkan dengan sistem operasi Origin OS berasaskan Android 13 dan tersedia dalam tiga warna iaitu Merah, Hijau dan Hitam.
Di pasaran China, model bukan pro Neo 8 dilancarkan pada harga CYN2,499 (~RM1,623) untuk varian 12GB + 256GB, CNY2,599 (~RM1,687) untuk varian 12GB + 512GB dan CNY3,099 (~RM2,012). Bagi model Neo 8 Pro, ia dilancarkan pada harga CNY3,299 (~RM2,142) untuk varian 16GB+2565GB dan CNY3,599 (~RM2,337). Ia akan tersedia dijual pada 31 Mei.
[Sumber: Gizmochina]