• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini suasana hari pertama jualan iPhone XS di Singapura

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 21/09/2018
  • Komen
Ini suasana hari pertama jualan iPhone XS di Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Apple telah melancarkan model terbaru telefon pintar mereka, iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Ia mula dijual di beberapa buah negara terpilih bermula hari ini, 21 September 2018. Salah satu negara yang termasuk dalam senarai terawal ini, adalah Singapura.

Meskipun iPhone yang baru ini mencatat rekod baru untuk telefon termahal dijual Apple, tetapi ia tidak melunturkan semangat peminat. Ini boleh dilihat di Singapura. Sejak semalam, telah ramai orang mula beratur di hadapan Apple Store walaupun jualan bermula jam 8 pagi hari ini, 21 September 2018.



Pada pukul 12 tengah hari semalam, 20 September 2018, sudah ada 250 orang beratur di hadapan Apple Store di Singapura. Orang pertama di dalam barisan ini ialah Le Thang, yang terbang dari Vietnam ke Singapura, semata-mata untuk membeli iPhone XS di hari pertama jualan.

Beliau telah tiba di Apple Store pada pukul 6 pagi semalam dan berhasrat untuk membeli dua unit iPhone XS Max. Ini bukanlah kali pertama beliau beratur untuk membeli iPhone di hari pertama jualan, tetapi ia adalah kali pertama beliau menjadi yang pertama di dalam barisan.



Orang kedua di belakang Le adalah adiknya sendiri, To Phuang. Mereka berdua adalah sebahagian dari rombongan seramai 44 orang dari Vietnam yang datang ke Singapura untuk membeli iPhone XS. Dapat dilihat beberapa orang masih bersama bagasi mereka di dalam barisan.

Salah seorang rakyat tempatan yang berada di barisan hadapan ialah Haikal Putra. Beliau berkata, beliau adalah orang pertama tiba di Apple Store semalam tetapi kehilangan tempat pertama apabila barisan dialihkan ke tempat lain.

Setiap orang yang beratur ini hanya dibenarkan untuk membeli dua unit telefon sahaja. Bagi Haikal, beliau telahpun membuat tempahan dalam talian sebanyak dua unit, tetapi berhasrat untuk membeli dua unit lagi untuk dijual semula dan membuat keuntungan.

Adakah mereka yang beratur ini tidak boleh keluar langsung dari barisan? Jika ingin keluar sebentar, mereka akan diberikan gelang tangan khas yang membolehkan mereka keluar sehingga 30 minit dan kembali ke posisi asal dalam barisan.

Memandangkan ada beberapa orang yang mahu membeli iPhone XS dan menjualnya semula, berapakah harga yang sanggup untuk anda bayar jika membelinya dari mereka? Untuk perbandingan, harga rasmi iPhone XS di Singapura bermula dari SGD1649 (~RM4,974) untuk storan 64GB, sehinggalah yang termahal iPhone XS Max 512GB berharga SGD2,349 (~RM7,086).

Ataupun, ada beberapa penjual telah mula mengambil tempahan awal untuk set import iPhone XS dan menyatakan penghantarannya seawal hari Ahad ini. Salah satunya di 11street, dan anda boleh menggunakan kupon serta Shopback di situ.

Kenali iPhone XS dengan lebih mendalam menerusi laporan awal kami di sini.

[Sumber: StraitsTimes]

Tags: appleApple SingapuraApple StoreApple Store SingapuraiPhone XSiPhone XS MaxiPhone XS Singapura
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Ini suasana hari pertama jualan iPhone XS di Singapura

Ini suasana hari pertama jualan iPhone XS di Singapura

21 September 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER