Bajet sekitar RM1,000 ni paling banyak dicari rakyat Malaysia. Senang je, anda boleh rujuk senarai ini untuk pilihan terbaik yang boleh dibeli di Malaysia. Jadi, anda boleh war-warkan juga pada rakan-rakan dan saudara mara untuk semak video sebagai rujukan.
Di sini, saya senaraikan 5 telefon terbaik anda boleh beli di Malaysia, bawah RM1,200. Apa 5 telefon tu? Selain itu, semak juga senarai 5 telefon terbaik kami bawah RM2,000 dan RM600.
1. Samsung Galaxy A33 5G (8GB+128GB) RM1,199
Galaxy A33 ni dah setahun dilancar, dan ada pengganti Galaxy A34 pun. Tapi harganya kini bawah RM1,200 dan ia ada ciri unik yang tiada pada pesaing lain iaitu kalis air IP67, speaker stereo Dolby Atmos dan skrin Super AMOLED.
Lagi penting, Samsung jamin akan beri kemaskini sistem operasi 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun. Galaxy A33 ni dilancar dengan OneUI 4.1 Android 12, jadi boleh dapat sampai Android 16 tau. Ini lebih baik daripada jenama lain dalam harga ni yang dilancar tahun ni tapi tak ada jaminan kemaskini.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Redmi Note 12 Pro 4G/Redmi Note 12 5G (8+256GB) RM1,099
Siri Redmi Note 12 baru je dilancar di Malaysia, ganti tempat siri Redmi Note 12. Untuk bawah RM1,200 ada 2 pilihan menarik, iaitu Redmi Note 12 Pro 4G dan Redmi Note 12 5G. Persamaan kedua-dua model ini adalah skrin AMOLED 120Hz 6.67-inci dan bateri 5,000mAh.
Untuk Redmi Note 12 Pro 4G, ia guna cip Snapdragon 732G, kamera utama 108MP, ada speaker stereo dan pengecas pantas 67W. Redmi Note 12 5G pula, guna cip baru Snapdragon 4 Gen 1, ada 5G, kamera utama 48MP, speaker mono dan pengecas pantas 33W. Harga dah sama, jadi anda pilih ciri mana lagi penting nak guna.
Dapatkan Redmi Note 12 Pro 4G di Lazada atau Shopee. Dan dapatkan Redmi Note 12 5G di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini dan di sini.
3. iQoo Z7x (8+256GB) RM1,099
iQoo ni jenama di bawah Vivo, fokus pada peranti gaming. iQoo Z7x yang baru ni menggunakan cip Snapdragon 695 5G, dengan skrin LCD 6.64-inci 120hz. Tetapi kelebihannya pada bateri besar 6,000mAh dan pengecas pantas 80W. Speaker pun stereo dan masih ada jek audio 3.5mm.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Oneplus Nord CE 3 Lite 5G (8+256GB) RM1,099
Oneplus Nord CE 3 Lite baru sahaja dilancar. Spesifikasi hampir sama dengan model sebelumnya seperti cip Snapdragon 695 5G, tapi dinaik taraf dengan skrin besar 6.72-inci 120Hz jenis LCD. Storan pun diganda ke 256GB. Kuasa pengecas menjadi 67W dan kamera utama pula 108MP.
Jek audio 3.5mm pun kekal dan speaker stereo dikatakan 200% lebih lantang. Paling penting, harga lebih murah daripada dulu dan Oneplus jamin kemaskini keselamatan selama 3 tahun dan kemaskini OS sebanyak 2 kali.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Infinix Note 30 Pro (8+256GB) RM899
Anda patut bagi pertimbangan untuk Infinix Note 30 Pro. Telefon ni tiada 5G, masih guna cip Mediatek Helio G99. Menariknya ia guna skrin AMOLED 120hz, ada speaker stereo ditala JBL, kamera utama 108MP dan kamera selfie berlampu 32MP.
Tetapi paling menarik adalah, ia menyokong pengecasan pantas berwayar 68W dan tanpa wayar 15W. Malah, harganya cuma RM899. Ini adalah satu-satunya telefon bukan sahaja bawah RM1,000 tapi bawah RM1,400 yang sokong pengecasan wayarles. Kalau anda tak perlu 5G, ini adalah telefon yang hebat fungsinya.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.