• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Tak lama dah iPhone XS, XS Max dan XR nak sampai Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:18 am
  • 24/09/2018
  • Komen
Tak lama dah iPhone XS, XS Max dan XR nak sampai Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, 21 September adalah tarikh jualan pertama tiga model telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Nama Malaysia masih belum kelihatan dalam gelombang pertama dan kedua jualan.

Tetapi usah gusar, ia pasti akan dijual di Malaysia cuma tarikhnya masih belum diketahui. Dari pengamatan kami, ia mungkin tiba di Malaysia selewatnya akhir bulan Oktober, berdasarkan pengikitirafan dari SIRIM.



Dari senarai di bawah, SIRIM telah menyenaraikan tiga model dari Apple Malaysia di dalam pengkalan datanya iaitu A2097, A2101 and A2105. Nombor model A2097 adalah nama model iPhone XS, manakala A2101 pula iPhone XS Max. A2105 pula merujuk kepada versi bajet, iPhone XR.

Bahang ketibaan model baru iPhone ini boleh dirasai apabila telco seperti Celcom, Digi dan U Mobile telah mula mengiklankan tentang kedatangan iPhone XS. Tahun lepas, model baru iPhone X dijual di Malaysia sebulan selepas pelancaran di Amerika Syarikat. Jadi tak salah untuk kita jangka iPhone XS akan tiba pada akhir bulan Oktober depan.



Harga untuk iPhone XS dijangka kekal sama seperti iPhone X tahun lepas, memandangkan harganya di Amerika Syarikat masih sama. RM5,149 dilihat adalah harga iPhone XS 64GB, tetapi untuk iPhone XS Max ia mungkin mencecah bermula dari RM5,500 ke atas dengan storan terbesar 512GB mungkin mencecah RM7,000, satu rekod baru untuk harga iPhone.

Adakah anda akan menunggu ketibaan set Malaysia bulan depan, atau beli sahaja set import yang dilihat sekarang dijual lebih murah dari harga rasmi. Contohnya di 11street, iPhone XS 64GB boleh dibeli di bawah RM5,000.

Tunggu atau beli sekarang? Tepuk poket tanya dompet anda.

[Sumber: SoyaCincau.com]

Tags: appleapple malaysiaiphoneiPhone XRiPhone XR MalaysiaiPhone XSiPhone XS MalaysiaiPhone XS MaxiPhone XS Max Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Tak lama dah iPhone XS, XS Max dan XR nak sampai Malaysia

Tak lama dah iPhone XS, XS Max dan XR nak sampai Malaysia

24 September 2018
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER