• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPadOS 17 diperkenal, boleh edit PDF, widget lebih interaktif dan ada aplikasi Health

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:08 pm
  • 06/06/2023
  • Komen
iPadOS 17 diperkenal, boleh edit PDF, widget lebih interaktif dan ada aplikasi Health
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah menjadi tradisi untuk Apple memperkenalkan beberapa pembaharuan pada sistem operasinya di acara WWDC. Jadi untuk WWDC 2023 kali ini, Apple memperkenalkan lebih banyak ciri baru di iPadOS 17 dan ada antaranya terdapat di iOS, dan ada ciri yang khusus untuk iPadOS sahaja.

Ciri yang khusus datang pada iPadOS 17 adalah aplikasi Health. Aplikasi Health sebelum ini tidak tersedia untuk iPadOS, sebaliknya hanya tersedia untuk iPhone dan WatchOS. Sekarang, pengguna iPad boleh menggunakan iPad untuk melihat data kesihatan serta menjejak aktiviti kecergasan. Walaupun tidak berapa praktikal untuk membawa iPad untuk bersukan, ia satu tambahan menarik untuk mengakses keperluan kesihatan di paparan yang lebih besar.



Menyunting PDF kini boleh dinuat dengan lebih mudah pada kemas kini terbaru iPadOS. iPadOS17 menggunakan keupayaan mesin untuk mengenalpasti ruang untuk mengisi maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon. Dilihat seperti anda boleh klik sahaja di ruang dan maklumat terus boleh diisi. Bukan itu sahaja, aplikasi Notes juga telah dinaik taraf untuk mudahkan anda atur, tambah nota dan membaca. Halaman dipaparkan lebih lebar supaya memudahkan anda untuk menyelak dokumen.

Ciri yang sama terdapat pada iOS turut ditambah pada iPadOS. Ia adalah kebolehan untuk menghasilkan lock screen tersuai daripada pilihan font masa dan tarkih, menambah widget dan menjadikan tulisan jam di belakang gambar. Selain itu, lockscreen iPadOS boleh ditetapkan secara dinamik untuk berubah sepanjang hari menggunakan set gambar atau boleh juga menggunakan gambar Live untuk lock screen yang lebih hidup. Ciri Live Activties yang telah diperkenal di iOS 16 tahun lepas juga didatangkan di iPadOS 17.



Selain itu, widget di iPad kini lebih interaktif di lock screen dan home screen. Ia mengupayakan pengguna untuk melakukan tindakan atau mendapatkan maklumat tanpa perlu membuka aplikasi. Safari juga dinarik taraf dengan tambahan ciri profil, dimana anda boleh mengasingkan antara topik, dan tab persendirian kini boleh dikunci dengan Face ID atau Touch ID.

Lagi ciri lain yang didatangkan di iOS 17 yang terdapat di iPadOS 17 termasuk Live Stickers, tinggalkan mesej audio atau video di Facetime, panggil “Siri” sahaja untuk aktifkan Siri, penambahbaikan untuk autocorrect dan boleh muat turun Maps untuk digunakan secara offline.

iPadOS masih belum tersedia untuk dimuat turun orang ramai dan hanya boleh digunakan untuk pembangun perisian sekarang. Beta versi awam akan boleh dimuat turun pada bulan depan dan versi sepenuhnya akan dilancarkan untuk orang ramai pada suku ketiga tahun ini. Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan iPadOS 17, anda boleh layari laman berita Apple di sini.

Bacaan berkaitan

  • Apple M2 Ultra cip komputer peribadi paling berkuasa, boleh dinikmati pada harga serendah RM18,999
  • MacBook Air 15: Paparan lebih besar dengan manfaat Apple M2 pada harga bermula RM6,199
  • iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini
Tags: appleipadosiPadOS 17
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iPadOS 17 diperkenal, boleh edit PDF, widget lebih interaktif dan ada aplikasi Health

iPadOS 17 diperkenal, boleh edit PDF, widget lebih interaktif dan ada aplikasi Health

6 June 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN