• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MacBook Air 15: Paparan lebih besar dengan manfaat Apple M2 pada harga bermula RM6,199

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:53 am
  • 06/06/2023
  • Komen
MacBook Air 15: Paparan lebih besar dengan manfaat Apple M2 pada harga bermula RM6,199
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah memperkenalkan barisan MacBook Air 15 (M2) yang baharu pada WWDC 2023. Ini adalah saiz baharu dan ia akan menyertai MacBook Air 13 (M1) dan MacBook Air (M2) yang sedia ada.

MacBook Air 15, pada sudut spesifikasi adalah mirip MacBook Air 14. Yang bezakan antara kedua-dua laptop ini adalah panel paparan macBook Air 15 yang lebih besar iaitu 15.3” berbanding 13.6”. Jenis panel paparan tetap sama iaitu Liquid Retina dengan resolusi 2880×1864 berkecerahan 500 nits.



Bateri juga adalah lebih besar iaitu 66.5Wh berbanding 52.6Wh pada variasi 13”. Walau bagaimanapun, hayat bateri diiklankan sebagai sama panjang antara kedua-dua variasi tersebut iaitu 15 jam untuk melayari Internet menggunakan Wi-Fi ataupun 18 jam menonton Apple TV.

Atas papan utama, MacBook Air 15 (M2) diperkasa SoC Apple M2 yang terdiri daripada 8 teras. Teras-teras tersebut dibahagian kepada kluster berprestasi tinggi (4 teras) dan teras cekap tenaga (4 teras) disamping GPU 10 teras dan NPU 16 teras.



Penawaran port I/O masih kekal pada 2 Thunderbolt 4 dan laptop ini ada pengecas MagSafe untuk solusi pengecasan alternatif. Pada segi audio, ada sedikit penambahbaikkan telah dibawakan iaitu varias 15” dilengkapi sistem audio 6 speaker berbanding 4 speaker pada variasi 13”.

Untuk kombinasi RAM dan storan, MacBook Air 15 ditawarkan pada kombinasi serendah RAM 8GB / Storan 256GB sehingga RAM 24GB / Storan 2TB. Harganya dalam pasaran Malaysia seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM6,199
  • RAM 8GB + Storan 512GB – RM6,999
  • RAM 8GB + Storan 1TB – RM7,799
  • RAM 8GB + Storan 2TB – RM9,399
  • RAM 16GB + Storan 256GB – RM6,999
  • RAM 16GB + Storan 512GB – RM7,799
  • RAM 16GB + Storan 1TB – RM8,599
  • RAM 16GB + Storan 2TB – RM10,199
  • RAM 24GB + Storan 256GB – RM7,799
  • RAM 24GB + Storan 512GB – RM8,599
  • RAM 24GB + Storan 1TB – RM9,399
  • RAM 24GB + Storan 2TB – RM10,999

Dengan pelancaran MacBook Air 15 ini, Apple kini mengkayakan penawaran laptop pelbagai saiz daripada 13”, 14”, 15”, dan 16” merentasi Macbook Air dan Macbook Pro. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: appleMacBookmacbook airmacbook air 15
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MacBook Air 15: Paparan lebih besar dengan manfaat Apple M2 pada harga bermula RM6,199

MacBook Air 15: Paparan lebih besar dengan manfaat Apple M2 pada harga bermula RM6,199

6 June 2023
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN