• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kejutan menanti dalam edisi terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple

  • OLEH Najib
  • 10:28 pm
  • 24/09/2018
  • Komen
Kejutan menanti dalam edisi terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pelancaran OPPO F9 bulan lepas, mereka hanya membawakan dua warna, Twilight Blue dan Sunrise Red. Tidak pula mula diumumkan bila warna ketiga, Starry Purple mula dijual.

Rupa-rupanya, Starry Purple ingin diperkenalkan dalam edisi khas. OPPO Malaysia akan mengadakan majlis pelancaran OPPO F9 Starry Purple pada 2 Oktober 2018, dengan kerjasama jenama kosmitek terkenal, Shiseido.



Kerjasama ini akan diperkenalkan dalam bentuk kotak hadiah OPPO F9 x Shiseido Staryy Purple edisi terhad. Kotak hadiah ini mengandungi telefon pintar OPPO F9 Starry Purple, bersama gincu Shiseido serta kejutan yang dilhamkan dari warna Starry Purple sendiri.

Aktres popular dari Taiwan yang juga duta OPPO, Hebe Tien akan menyertai Ayda Jebat untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran OOPO F9 Starry Purple pada 2 Oktober kelak.



OPPO F9 memiliki skrin bertakuk kecil ibarat titisan air, memenuhi 90.8% ruangan kaca berukuran 6.3-inci. Di dalamnya, OPPO F9 dibekal cip pemproses Mediatek Helio P60 bersama 6GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Baterinya sebesar 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC melalui port mikroUSB, pertama seumpamanya di dalam siri-F. Ia memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim dan kad mikroSD serentak.

OPPO F9 dipasang kamera dwi-lensa di belakang, gandingan lensa 16MP F1.8 dan lensa 2MP F2.4 untuk menghasilkan efek bokeh dan mod potret. Bagi kamera hadapan, ia diperkasa lensa 25MP F2.0 sesuai dengan gelaran pakar swafotonya.

Nantikan pelancaran OPPO F9 Starry Purple serta hadiah kejutan yang datang bersama pada 2 Oktober 2018.

Tags: OPPO F9OPPO F9 Starry PurpleOPPO F9 x ShiseidoShiseido
Najib

Najib

POPULAR

Kejutan menanti dalam edisi terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple

Kejutan menanti dalam edisi terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple

24 September 2018
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN