• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lembap & kurang memuaskan, SKMM ambil tindakan perundangan kepada Facebook

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 23/06/2023
  • Komen
Lembap & kurang memuaskan, SKMM ambil tindakan perundangan kepada Facebook
Share on FacebookShare on Twitter

Lembap dan kurang memuaskan. Itulah kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tentang Facebook. Ia berikutan Meta, syarikat induk Facebook, dilihat SKMM sebagai gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut.

SKMM menyatakan, platform Facebook kebelakangan ini dibanjiri banyak kandungan memudaratkan, antaranya membabitkan elemen Kaum, Institusi Diraja dan Agama (3R), serta penyaraman, judi dalam talian dan iklan penipuan. SKMM telah menghubungi Meta untuk menunrunkan kandungan tersebut, tetapi maklumbalas Meta lembap dan kurang memuaskan.



sumber

Sehubungan itu, SKMM mahu mengambil tindakan perundangan terhadap Meta kerana dilihat tidak serius dan tidak memberi kerjasama sewajarnya. Ini bagi memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran digital yang selamat. Ia juga sebagai langkah untuk memastikan platform bertanggungjawab berkenaan keselamatan siber, selain mengukuhkan lagi perlindungan terhadap pengguna dari dipaparkan kandungan memudaratkan, termasuk aktiviti penipuan.

Masalah terbesar Facebook ialah iklan penipuan yang menyamar seperti akaun sebenar. Ia sering berlaku, meminta pengguna menekan pada pautan yang diberikan dan dibawa kepada laman web malware dan virus. Pelbagai aduan telah dilaporkan, tetapi Facebook sering lewat mengambil tindakan walaupun sepatutnya iklan tersebut tidak patut disiarkan kerana melanggar banyak peraturan Facebook sendiri.



antara iklan scam di Facebook

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) juga telah memberikan amaran yang serupa terhadap platform Telegram, kerana tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam membanteras isu seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain di Telegram. Bagiamanapun, pertemuan KKD dan Telegram minggu lepas menyaksikan komitmen Telegram untuk untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TikTok juga tidak terlepas dari radar SKMM. Semasa Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) tahun lepas, platform TikTok digunakan untuk menyebarkan pelbagai fahaman perkauman dengan faktar sejarah yang terpesong. Tetapi TikTok mengambil langkah aktif menyekat penyebarannya dan memberi kerjasama dengan SKMM dalam memantau sebarang muat naik kandungan yang memudaratkan.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh SKMM terhadap Facebook? Kebebasan internet merupakan salah satu hak yang diberikan kerajaan Malaysia, tetapi ia tidak terlepas daripada undang-undang lain, terutama sekali jika boleh mencetuskan huru-hara atau merugikan rakyat seperti penipuan wang. Mungkin Facebook akan disekat buat sementara waktu, sehingga Meta berjanji untuk bertindak lebih aktif membanteras kandungan memudaratkan.

[Sumber: SKMM]

Bacaan Berkaitan

  • Temubual dengan mangsa scam iklan di Facebook, bagaimana wang simpanan hilang akibat aplikasi palsu
  • Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum
  • Facebook Page palsu kongsi tentang pelaburan, identiti ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia disalahguna
  • Barah scam dalam talian parah, YB Fahmi Fadzil arah SKMM bekerja lebih tangkas dan tegas
  • SCAM: Iklan penipuan di Facebook datang lagi, kali ini beg Aer RM9 palsu
Tags: FacebookmetaSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Lembap & kurang memuaskan, SKMM ambil tindakan perundangan kepada Facebook

Lembap & kurang memuaskan, SKMM ambil tindakan perundangan kepada Facebook

23 June 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER