• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama 11street

Perodua Myvi hadiah untuk pengguna bertuah Boost x 11street

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 28/09/2018
  • Komen
Perodua Myvi hadiah untuk pengguna bertuah Boost x 11street
Share on FacebookShare on Twitter

11street adalah salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia. Manakala Boost pula adalah sistem pembayaran nirtunai yang sangat aktif. Kini kedua-duanya menjalin kerjasama untuk memberi pengalaman beli-belah yang lebih mudah untuk pengguna di Malaysia.

Kerjasama ini membolehkan pengguna 11street membuat bayaran menggunakan e-dompet Boost. Tidak perlu mendaftar masuk ke perbankan online atau menaip nombor kad kredit, pembayaran dengan Boost di 11street lebih pantas dengan kunci keselamatan menggunakan nombor pin.



Dengan setiap pembayaran di 11street menggunakan Boost, pengguna boleh menerima ganjaran Shake Rewards yang memberi hadiah tunai sehingga RM5.

Bagi memeriahkan lagi kerjasama ini, 11street melancarkan kempen ‘Boosted Daily Deals‘ dan ‘Win a Car‘ bermula hari ini, 28 September 2018.



Kempen ‘Boosted Daily Deals‘ menyediakan tawaran eksklusif, khas untuk pengguna yang memiliki akaun Boost dan 11street. Pelbagai barangan disediakan secara rawak setiap hari seperti TV LED, telefon pintar, pembesar suara dan banyak lagi, dengan harga luar biasa.

Manakala kempen ‘Win A Car‘ memberi peluang kepada pengguna Boost di 11street memenangi hadiah seperti kereta Perodua Myvi, telefon pintar, jam pintar, konsol permainan dan baucar 11street. Setiap pembelian di 11street dan dibayar menggunakan Boost sekurang-kurangnya RM40, melayakkan pengguna ke dalam cabutan bertuah.

Pembelian RM40 pertama memberikan satu penyertaan, manakala setiap pembelian RM40 seterusnya memberikan tiga penyertaan. Lebih banyak beli, lebih tinggi peluang menang. Kempen ini berjalan dari 28 September sehingga 30 November 2018.

Jangan lupa untuk mendaftar akaun Boost dan menggunakannya sebagai pembayaran di 11street. Layari laman web Boost x 11street untuk mula menikmati tawaran hebat ini sekarang.

Tags: 11street11street x BoostBoostBoost x 11street
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Perodua Myvi hadiah untuk pengguna bertuah Boost x 11street

Perodua Myvi hadiah untuk pengguna bertuah Boost x 11street

28 September 2018
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER