• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube mahu halang penggunaan ad blocker tetapi masih ada kelonggaran

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 30/06/2023
  • Komen
YouTube mahu halang penggunaan ad blocker tetapi masih ada kelonggaran
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube adalah platform penstriman video terbesar di dunia. Salah satu cara ia menjana pendapatan adalah melalui penayangan iklan semasa menonton video. Pengguna ada diberi pilihan untuk tidak disiarkan video, dengan melanggan YouTube Premium. Tetapi cara lebih mudah adalah menggunakan penghalang iklan di pelayar web, seperti Adblock.

Bagaimanapun, sudah pasti ini tidak disukai YouTube. Dikhabarkan, YouTube sudah mula memberi amaran kepada pengguna bahawa penghalang iklan atau ad blocker tidak dibenarkan penggunaannya di YouTube. Kini, ada pengguna berkongsi mengenai perkara ini kerana menerima notis dengan amaran sangat jelas.



sumber

Seorang pengguna di Reddit berkongsi tangkap layar yang diterimanya sewaktu melayari YouTube. Dalam notis tersebut, YouTube memberi amaran bahawa pengguna akan dihalang menonton selepas 3 video kerana didapati menggunakan penghalang iklan.

Sehubungan itu, YouTube meminta agar ia diletakkan dalam senarai kebenaran atau senarai putih (whitelist), atau mematikan terus penghalang iklan. Selain itu, pengguna juga boleh melanggan YouTube Premium untuk pengalaman tanpa iklan.



Tambah YouTube, iklan membolehkan YouTube kekal percuma untuk berbilion pengguna di seluruh dunia. Selain itu, pencipta kandungan juga akan menerima bayaran daripada langganan YouTube Premium.

Notis ini kelihatan masih tidak dikuatkuasakan kerana majoriti pengguna masih tidak diberi amaran ini. Pengguna masih boleh terus menggunakan penghalang iklan buat masa ini, tetapi tidak mustahil langkah ini akan dikuatkuasakan secara tiba-tiba.

Sebelum ini, ada pengguna memilih YouTube Vanced untuk menikmati pengalaman premium YouTube secara percuma. Tetapi ia telah ditutup tahun lepas, akibat tekanan undang-undang daripada Google. Setelah itu, ramai telah beralih kepada penghalang iklan.

Jika anda berminat dengan YouTube Premium, ia boleh dilanggan dari RM17.90/bulan untuk individu, atau RM33.90/bulan bagi keluarga atau 6 akaun. Pelajar pula boleh melanggan pada harga RM10.90/bulan sahaja. Selain tontonan tanpa iklan, pengguna Premium turut menikmati kelebihan YouTube Music dengan ciri-ciri seperti pemain di latar, pemain sambil skrin terpadam serta pemain di luar talian.

[Sumber: Reddit, Android Police]

Bacaan Berkaitan

  • YouTube Premium Malaysia naik harga kepada RM33.90
  • Youtube kini berikan kualiti video lebih baik untuk pelanggan Premium & beberapa ciri menarik lain
  • YouTube Vanced akan ditutup, apa alternatif yang ada?
  • YouTube Premium dan YouTube Music boleh mula dilanggan di Malaysia, percuma sehingga 4 bulan
Tags: YouTubeYouTube Premium
Najib

Najib

POPULAR

YouTube mahu halang penggunaan ad blocker tetapi masih ada kelonggaran

YouTube mahu halang penggunaan ad blocker tetapi masih ada kelonggaran

30 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN