• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter gusar momentum Thread, ugut untuk saman

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:04 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Twitter gusar momentum Thread, ugut untuk saman
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin melihatkan momentum yang mencanak-canak, Twitter dilapor memberikan amaran keras terhadan Meta, empunya kepada aplikasi baharu Thread yang mempunyai ciri seakan Twitter. Amaran tersebut menyentuh tentang Thread dibangun berlandaskan rahsia Twitter yang diperoleh daripada bekas kakitangan Twitter yang telah menyertai Meta.

Pemilik Twitter sendiri, Elon Musk, memuat naik satu cicipan yang berbunyi “Competition is fine, cheating is not” yang membawa gambaran nama Thread melonjak dengan cara yang tidak betul. Walau bagaimanapun, jurucakap kepada Meta menidakkan tuduhan tersebut dengan menambah yang tiada seorangpun bekas kakitangan Twitter berada dalam kumpulan jurutera pembangun Thread.



Tidaklah pelik kenapa Twitter “goyang”. Menurut Mark Zuckerberg, Thread menerima 5 juta pendaftaran sejam selepas ia diaktifkan manakala 30 juta pendaftaran diterima pada hari pengenalannya. Aplikasi ini turut naik ke tangga pertama dalam kategori aplikasi percuma di App Store setakat artikel ini ditulis.

Anda dah cuba Thread?



Salah satu kekurangan ketara adalah utusan Thread tidak boleh di-embed. Ia menyukarkan pembangun kandugan bertulis memetik utusan sesuatu akaun tanpa melakukan tangkap layar. Paling pelik adalah, Thread dimaklumkan sebahagian daripada Instagram. Sekiranya anda ingin menghapuskan akaun Thread, akaun Instagram anda juga akan terhapus.

Antara kelebihan Thread berbanding Twitter adalah had aksara yang boleh ditaip ke dalam sesuatu utusan adalah 500 dan anda boleh muat naik video sehingga 5 minit panjang tanpa perlu melanggan apa-apa pelan premium.

Sumber: CNN

Tags: Elon MuskMark ZuckerbergmedsosmetathreadTwitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Twitter gusar momentum Thread, ugut untuk saman

Twitter gusar momentum Thread, ugut untuk saman

7 July 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN