• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Memandu dengan lebih tenang bersama Google Maps dan Spotify

  • OLEH Najib
  • 2:38 pm
  • 02/10/2018
  • Komen
Memandu dengan lebih tenang bersama Google Maps dan Spotify
Share on FacebookShare on Twitter

Navigasi Google Maps adalah salah satu perkara penting apabila memandu, apatah lagi untuk memeriksa trafik masa nyata di dalam bandar. Takut terperangkap di dalam kesesakan trafik.

Sambil memandu, hiburan dalam kenderaan juga penting untuk memastikan anda sentiasa segar dan peka di jalanan. Aplikasi lagu seperti Spotify turut menjadi pilihan, cuma agak sukar untuk mengawal aplikasi navigasi dan lagu berbeza. Kini, ia menjadi lebih mudah.



Google kini telah mengintegrasi aplikasi Spotify di dalam navigasi Google Maps. Bermakna, kawalan lagu Spotify boleh dibuat terus di dalam navigasi Google Maps, tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi.

Apabila navigasi dipilih di dalam Google Maps, butang Spotify akan kelihatan di tepi dan pengguna boleh mula memainkan lagu. Memainkan lagu, menghentikannya, pilih lagu seterusnya atau sebelumnya, serta senarai lagu boleh dibuat dari tetapan di bahagian bawah navigasi Google Maps.



Perkara ini sebenarnya bukanlah baharu kerana Waze sebelum ini telah mengintegrasi Spotify di dalam navigasinya sejak tahun lepas.

Integrasi Spotify di dalam navigasi Google Maps akan dikemaskini secara berperingkat kepada semua pengguna. Pastikan anda memiliki versi terkini Google Maps yang boleh dimuat turun menerusi Apple Appstore atau Google Playstore.

Tags: Googlegoogle mapsSpotify
Najib

Najib

POPULAR

Memandu dengan lebih tenang bersama Google Maps dan Spotify

Memandu dengan lebih tenang bersama Google Maps dan Spotify

2 October 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN