• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 10 Pro: Kuasa kelas pertengahan, bateri lebih kecil dan speaker tunggal

  • OLEH Najib
  • 6:49 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Oppo Reno 10 Pro: Kuasa kelas pertengahan, bateri lebih kecil dan speaker tunggal
Share on FacebookShare on Twitter

Model kedua yang dilancar dalam siri Reno 10 adalah Reno 10 Pro. Ia adalah model di tengah-tengah, menyediakan prestasi kelas pertengahan atas tetapi harga juah lebih rendah berbanding Reno 10 Pro+.

Rupa Reno 10 Pro tidak banyak kelainan dengan Reno 10 Pro+ tetapi ia dilengkapi perkakas yang sangat berbeza. Malah, agak pelik kerana beberapa spesifikasi Reno 10 Pro dilihat berada di bawah model asas Reno 10 sendiri.



Harga dan Promosi Tempahan Awal

Sama seperti model teratas, hanya ada satu varian Reno 10 Pro dijual di Malaysia dengan harga berikut:

  • Oppo Reno 10 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,199

Tarikh tempahan awal juga sama, iaitu sehingga 14 Julai 2023. Pembeli dalam tempoh tempahan awal akan menerima gnajaran percuma bernilai RM506 iaitu Pembesar suara bluetooth, fon telinga OPPO Enco Buds 2, Pelan perlindungan skrin selama 1 Tahun dan Jaminan tambahan selama 1 tahun.



Tempahan awal Reno 10 Pro+ boleh dibuat di semua pengedar sah Oppo di Malaysia, serta atas talian di E-Store Oppo Malaysia, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Oppo Reno 10 Pro

Oppo menggunakan cip yang agak berusia, Snapdragon 778G sebagai penggerak utama di Reno 10 Pro. Ia disertakan dengan RAM LPDDR4X 12GB dan storan UFS2.2 sebanyak 256GB, menunjukkan prestasinya berada di kelas pertengahan.

Skrinnya jenis OLED melengkung 3D, seluas 6.7-inci juga dengan resolusi 1.5K (2772×1240) dan kadar penyegaran 120Hz. Bingkai badannya diperbuat daripada plastik dan belakangnya dilapisi kaca.

Kamera di Reno 10 Pro tidak kurang hebatnya kerana ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8. Tetapi kamera telefotonya tiada periskop, berkemampuan zum optikal 2x dengan resolusi 8MP. Kamera ultralebar pula 8MP manakala kamera hadapannya 32MP.

Kapasiti bateri lebih kecil dimuatkan ke dalam Reno 10 Pro, iaitu 4,600mAh. Sokongan pengecasan pantas juga lebih rendah, SuperVOOC 80W menggunakan USB-C. Tetapi kekecewaan terbesar pada Reno 10 Pro adalah speaker padanya hanyalah mono, bukan stereo.

Oppo Reno 10 Pro menjalankan sistem operasi ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Ia juga diberikan dua pilihan warna, antara ungu dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Reno 10 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno 10 Pro+: Prestasi flagship dengan kamera potret periskop
  • Oppo Find X6 Pro tampil dengan 3 kejayaan terbesar bagi kamera di telefon pintar
  • Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1
Tags: oppoOppo Reno 10Oppo Reno 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Reno 10 Pro: Kuasa kelas pertengahan, bateri lebih kecil dan speaker tunggal

Oppo Reno 10 Pro: Kuasa kelas pertengahan, bateri lebih kecil dan speaker tunggal

7 July 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER