• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:35 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6
Share on FacebookShare on Twitter

LG Malaysia hari ini mengumumkan barisan TV terbaharu mereka untuk pasaran kita. Mereka membawa masuk TV OLED dalam beberapa siri iaitu:

  • LG OLED Evo G3
  • LG OLED Evo C3
  • LG OLED A3

Harga jualan TV OLED LG di Malaysia

LG sedang mengadakan pameran di Mid Valley Megamall. Anda boleh pergi ke Centre Court sehingga 16 Julai 2023 untuk melihat sendiri bagaimana rupa TV ini. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia.



LG OLED Evo G3
77″ – RM32,999
65″ – RM17,999

LG OLED Evo C3
83″ – RM35,999
77″ – RM29,999
65″ – RM14,999
55″ – RM10,999



LG OLED A3
65″ – RM11,999
55″ – RM8,999

Pameran 10 Perfect Black itu menawarkan 10 unit LG TV 65” sebagai cabutan bertuah bila anda beli mana-mana produk LG yang berkenaan.

Spesifikasi LG OLED C3

LG OLED A3 adalah TV kelas permulaan dalam kalangan LG OLED C3 dan G3. Jadi, model ini ditujukan kepada pengguna yang ingin merasai teknologi canggih TV LG pada harga mampu milik. Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan harga tersebut, beberapa kompromi perlu dilakukan.

LG OLED A3 dilengkapi panel paparan OLED yang beroperasi pada paras segar semula 60Hz, sama seperti OLED A2 generasi sebelum ini. Walaupun tidaklah sebaik panel pada C3 dan G3, anda masih boleh nikmati manfaat panel OLED yang lain. Berbanding cip pemproses A9 yang ditemukan pada model lebih mahal, OLED C3 diperkasa cip A7 AI Processor 4K Gen6.

Oleh sebab ia hanya diberikan panel 60Hz, LG memperlengkap TV ini dengan HDMI 2.0 untuk mengendalikan isyarat video daripada sumber. Sistem audio juga lebih asas dengan konfigurasi speaker stereo 2.0 dan jumlah output 20W.

Walaupun banyak kompromi dilakukan. LG A3 OLED dinaik taraf pada sudut sistem operasi. Ia kini menjalankan sistem operasi webOS 23 yang sarat dengan ciri pintar seperti servis-servis penstriman utama, arahan suara menggunakan Alex dan juga Google Assistance.

Pada segi port I/O, LG A3 menawarkan 3 HDMI, 1 RF, 2 USB-A, 1 SPDIF. Sambungan wayarles boleh dilakukan melalui Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.0.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

  • LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu
  • LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6
  • LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6
Tags: lglg oled a3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6

LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6

12 July 2023
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN