• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Enhance-X mampu mencantikkan semula gambar kabur, sedia dipasang di lebih banyak peranti

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 18/07/2023
  • Komen
Galaxy Enhance-X mampu mencantikkan semula gambar kabur, sedia dipasang di lebih banyak peranti
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini tersedia hanya di siri Galaxy S23, kini aplikasi Galaxy Enhance-X sedia dimuat turun menerusi Galaxy Store. Ia merupakan aplikasi mengubahsuai gambar denan fungsi yang mampu mencantikkan semula gambar seperti kabur, berbayang, terherot dan sebagainya.

Samsung menggunakan keupayaan AI di dalam Galaxy Enhance-X untuk meningkatkan kualiti gambar, di samping memberi pilihan untuk pengguna mengubah suai beberapa perkara mengikut kegemaran mereka. Antaranya HDR dan tahap ketajaman gambar.



Dengan hanya satu sentuhan, fungsi Magic di dalam aplikasi akan mengenalpasti kekurangan dan secara automatik membaiki gambar yang penuh hingar, kabur, atau rendah ketajaman kepada gambar berkualiti tinggi sekelip mata. Tetapi pengguna juga boleh menetapkan sendiri tahap yang diingini menerusi banyak pilihan yang disediakan.

Antaranya tahap kepekatan gambar, dari 0 hingga 4 menerusi HDR. Gambar yang dimuat turun dari media sosial yang biasanya dimampat dan kurang berkualiti, boleh ditingkatkan resolusi secara Upscale sehingga 4 kali supaya kelihatan lebih tajam. Ada juga pilihan membuang bayang-bayang serta garisan ‘flicker’ di skrin.



Paling menarik, Galaxy Enhance-X dilengkapi keupayaan memperbaiki gambar lama dengan fungsi ‘Old Photo’. Ia akan membangkitkan semula ketelitian di dalam gambar yang lusuh dan rosak, sambil mengekalkan rupa bentuk wajah terutama sekali raut muka.

Jadi dengan mudah, pengguna boleh mencantikkan semula gambar yang telah lama diambil, atau dimuat turun dengan resolusi rendah. Hanya menggunakan aplikasi Galaxy Enhance-X .

Buat masa ini, Galaxy Enhance-X boleh dipasang di telefon premium terpilih Samsung iaitu:

  • Siri Galaxy S23
  • Siri Galaxy S22
  • Siri Galaxy S21
  • Siri Galaxy S20
  • Siri Galaxy Note 20
  • Galaxy Z Fold 4
  • Galaxy Z Flip 4
  • Galaxy Z Fold 3
  • Galaxy Z Flip 3
  • Galaxy Z Fold 2
  • Galaxy Z Flip 5G
  • Galaxy Z Flip

Aplikasi Galaxy Enhance-X akan sedia dipasang di siri Galaxy A, Galaxy M dan tablet Galaxy di masa akan datang. Muat turun sekarang di Galaxy Store.

Tags: Galaxy Enhance-XsamsungSamsung Galaxy Enhance-X
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Galaxy Enhance-X mampu mencantikkan semula gambar kabur, sedia dipasang di lebih banyak peranti

Galaxy Enhance-X mampu mencantikkan semula gambar kabur, sedia dipasang di lebih banyak peranti

18 July 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER