• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla Supercharger dikesan sudah dipasang di Kuala Lumpur

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 19/07/2023
  • Komen
Tesla Supercharger dikesan sudah dipasang di Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla Malaysia akan mengadakan pelancaran rasmi pertama mereka pada hari Khamis, 20 Julai 2023 bertempat di Pavilion KL. Ia menandakan kedatangan rasmi mereka ke Malaysia, di samping memperkenal kereta eletrik (EV) yang akan dijual untuk pasaran Malaysia.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh kerajaan jika Tesla mahu menjual EV di Malaysia adalah menyediakan pusat pengecasan Tesla Supercharger di dalam negara. Perkara ini dilihat sedang dirancang oleh Tesla memandangkan mereka telah menandakan beberapa lokasi di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia sebagai tempat Tesla Supercharger akan dipasang.



Tetapi kami telah mengesan bahawa ada tempat Tesla Supercharger telah dipasang. Ia terletak di tempat letak kereta bawah tanah, Pavilion KL. Lebih tepat lagi, berhampiran tiang C21, B1.

Terdapat 8 pengecas Tesla Supercharger dipasang di 8 tempat meletak kenderaan. Kelihatan juga ada 4 lagi ruang kosong berhampiran yang mungkin akan digunakan untuk tujuan yang sama.



Nampaknya Tesla Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan perkhidmatan mereka di sini. Dari laman web rasmi Tesla, terdapat dua model EV telah disenaraikan untuk pasaran Malaysia iaitu Model 3 dan Model Y. Tetapi hanya Model Y telah dibuka tempahan dan diletakkan senarai harga. Model 3 yang lebih murah dijangka akan datang tidak lama lagi.

Tesla Model Y dijual di Malaysia bermula dari RM199,000, dilihat lebih murah berbanding model EV jenama lain. Terdapat tiga varian Model Y ditawarkan iaitu Rear Wheel Drive (RWD), All Wheel (AWD) Drive Long Range dan Performance AWD Long Range. Model paling berkuasa ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.7 saat sahaja dengan jarak pemanduan sehingga 533km.

Terdapat pelbagai penambahan turut ditawarkan kepada pembeli dengan bayaran. Antaranya pilihan warna, saiz rim dan tayar, warna kemasan dalaman, dan paling utama fungsi bantuan pemanduan serta pemanduan automatik.

Jika anda berminat dengan Tesla, nantikan laporan kami dari majlis pelancaran esok.

Bacaan Berkaitan

  • Tesla rasmi masuki Malaysia pada 20 Julai 2023, berapa harga barisan EV mereka?
  • Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan
  • Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal
  • Tesla SuperCharger disenaraikan di enam negeri di Malaysia
Tags: TeslaTesla Supercharger
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tesla Supercharger dikesan sudah dipasang di Kuala Lumpur

Tesla Supercharger dikesan sudah dipasang di Kuala Lumpur

19 July 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN