• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran Tesla Malaysia di Pavilion KL, saksikan secara langsung di sini

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 19/07/2023
  • Komen
Pelancaran Tesla Malaysia di Pavilion KL, saksikan secara langsung di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla Malaysia akan mengadakan majlis pelancaran perdana mereka di Pavilion KL pada hari Khamis, 20 Julai 2023. Mereka telah menyiapkan pentas yang besar di dalam pusat beli-belah terkemuka tersebut dan akan menampilkan kenderaan keluaran mereka, antaranya Model Y yang harga rasminya di Malaysia dari RM199,000.

Jika anda tidak berkesempatan menyertai pelancarannya secara fizikal, anda boleh menyaksikannya secara atas talian. Akaun instagram rasmi Tesla Malaysia ada menyatakan bahawa mereka akan membuat siaran langsung pelancaran tersebut, bermula pukul 11 pagi esok.



Suasana di Pavilion KL

Dalam pelancaran ini, Tesla Malaysia dijangka akan mengumumkan banyak perkara. Antaranya rangkaian bilik pameran mereka, pusat perkhidmatan selepas jualan serta rancangan mereka untuk mengembangkan pusat pengecasan Tesla Supercharge di Malaysia. Selepas pelancaran, ruang tersebut akan dibuka kepada orang ramai sehingga akhir minggu ini.

Laman rasmi Tesla Malaysia telah menyenaraikan kereta elektrik (EV) Model Y dan Model 3. Tetapi hanya harga Model Y dipaparkan dan boleh mula ditempah. Ia juga akan menjadi tumpuan pelancaran esok. Bagi Model 3 pula, ia dijangka tidak akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat. Ini ditambah dengan ketiadaan sebarang gambaran atau maklumat mengenai Model 3 sekitar pentas pelancaran di Pavilion KL. Apatah lagi, Tesla dijangka akan melancarkan Model 3 serba baharu yang dinamakan Project Highland.



Tesla Model 3 dijual serendah RM199,000 adalah model Rear-Wheel Drive (RWD). Model pertengahan All-Wheel Drive (AWD) Long Range dengan jarak pemanduan lebih jauh sehingga 533km dijual pada harga RM246,000. Manakala model terhebat Performance AWD Long Range yang boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.7 saat, berharga RM288,000.

Tempahan untuk Tesla Model 3 di Malaysia telah dibuka sekarang dengan deposit RM1,000 (tidak dipulangkan) dan dijangka akan dihantar mulai awal tahun 2024.

Di samping itu, Tesla juga akan membangunkan rangkaian Supercharger di Malaysia yang menyediakan penyelesaian pengecasan pantas untuk kereta Tesla. Salah satu daripadanya dikesan telah dipasang di Pavilion KL, dengan 8 tempat pengecasan DC. Menurut Tesla, Supercharger ini boleh memberi jarak pemanduan sehingga 270km hanya dengan mengecas selama 15 minit.

Bacaan Berkaitan

  • Tesla Supercharger dikesan sudah dipasang di Kuala Lumpur
  • Tesla SuperCharger disenaraikan di enam negeri di Malaysia
  • Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal
  • Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan
Tags: EV MalaysiaTesla
Najib

Najib

POPULAR

Pelancaran Tesla Malaysia di Pavilion KL, saksikan secara langsung di sini

Pelancaran Tesla Malaysia di Pavilion KL, saksikan secara langsung di sini

19 July 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN