Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan yang Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan beroleh 10 daripada 40 unit Starlink yang telah ditempah sebagai salah satu insiatif menambah baik perkhidmatan Internet di kampus cawangan universiti itu. Salah satu kampus cawangan yang dipetik adalah kampus Kuala Pilah.
Tidaklah diketahui mengapakah kampus cawangan Kuala Pilah memerlukan Starlink kerana menerusi carian ringkas di laman Unifi, lokasi tersebut sudahpun diliputi perkhidmatan internet jalur lebar yang lebih pantas.
Apakah Starlink?
Buat anda yang terlepas berita, Starlink adalah perkhidmatan Internet daripada syarikat kepunyaan Elon Musk yang juga memiliki Tesla dan SpaceX. SpaceX telah memulakan ujian beta awam Starlink, di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada bulan Oktober 2020, diikuti beberapa negara lain tidak lama selepas itu. Kini, Starlink dilaporkan telah mula menerima pendaftaran minat dan wang pendahuluan untuk pengguna di Malaysia sejak tahun 2021 lagi.
Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia
Laman web Starlink menyatakan bahawa pengguna boleh menjangkakan kelajuan internet di antara 50Mbps ke 150Mbps dan masa sela antara 20ms ke 40ms dikebanyakan tempat liputan. Malah, mungkin ada masa tiada sambungan langsung dalam masa yang singkat. Sela masa yang rendah ini boleh dicapai kerana satelit Starlink mengorbit di angkasa 60 kali lebih dekat berbanding satelit biasa.
Kenapa tidak gunakan produk tempatan?
Sekiranya objektif kerajaan untuk menambah baik capaian Internet menggunakan solusi satelit, syarikat tempatan sudah lama menyediakannya. Kami telah mencuba perkhidmatan ConnectMe di Post Sinderut, tempat yang tiada rangkaian telco langsung, apatah lagi Unifi seperti kampus Kuala Pilah tadi dan berjaya beroleh kelajuan sekitar 50Mbps.
Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps
Kalau anda masih ingat, kita telah selamat menghantar MEASAT-3d ke langit pada 23 Jun 2022 lalu. Antara manfaat yang digarap kerajaan ketika itu adalah cakupan Internet jalur lebar yang lebih utuh di pedalaman. Apabila sambungan Internet tidak dibataskan oleh keadaan muka bumi, kita boleh mendapatkan akses Internet walau di mana jua.
MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?
Kemudian rakyat juga boleh menikmati TV yang beresolusi tinggi. Perkara ini lebih kepada pelanggan Astro. Kandungan beresolusi setinggi 8K mampu dipancarkan satelit baharu ini disebabkan sokongan Ka-Band HTS yang mempunyai jalur perpindahan data seluas 30 Gbps.
Sumber: MalayMail