• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akhirnya Telegram lancar fungsi yang telah lama ada di WhatsApp, akibat desakan pengguna

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:18 pm
  • 24/07/2023
  • Komen
Akhirnya Telegram lancar fungsi yang telah lama ada di WhatsApp, akibat desakan pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung Jun lalu, Pavel Durov, pengasas Telegram mengumumkan mereka bakal menambah ciri Stories di aplikasi Telegram pada awal Julai. Walaupun terlambat, ciri tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi, tapi tersedia untuk pelanggan premium sahaja.

Perkara ini disahkan oleh Telegram sendiri menerusi laman Twitternya, yang memberi maklum balas kepada pengguna yang menampakkan ciri itu tapi tidak dapat menggunakannya. Telegram menegaskan bahawa ciri Stories hanya boleh dimuat naik oleh pengguna Premium sahaja, buat masa sekarang.



You think I'd forget that? There's a + button at the top of your chat list for posting Stories. Currently, only Premium users are able to post Stories.

— Telegram Messenger (@telegram) July 21, 2023

Oleh itu, besar kemungkinan ciri ini akan dilancarkan juga untuk pengguna bukan premium pada masa akan datang. Ini adalah kerana, apabila mahu menambah Stories, ia mengatakan Stories tersedia untuk pengguna premium untuk “bulan ini”. Membayangkan ia mungkin akan tersedia untuk semua pengguna bulan hadapan.

Telegram boleh dikatakan agak lewat dalam memperkenalkan ciri Stories berbanding platform lain. Menurut Telegram, mereka pada awalnya menentang penambahan Stories di Telegram oleh kerana ciri Stories terdapat di mana-mana platform. Tetapi, mereka berbuat demikian bagi mengikut kehendak pengguna, di mana itulah prinsip penubuhan Telegram.



Berbanding dengan Stories di platform lain, Telegram membolehkan pengguna untuk memilih tarikh luput sama ada 6, 12, 24 atau 48 jam. Kebanyakan Stories di platform lain akan luput setelah 24 jam sahaja. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan Stories tanpa tarikh luput, di mana lebih kurang sama seperti yang terdapat di Story Highlights Instagram.

Di samping itu, Telegram turut membenarkan pengguna untuk menambah kapsyen dan meletak pautan di Stories, serta ada juga opsyen untuk tag pengguna lain. Lebih menarik, Stories boleh diambil menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak.

Seperti platform lain, Stories di Telegram juga boleh ditetapkan untuk siapa yang boleh melihatnya. Termasuklah boleh dilihat oleh semua, hanya kenalan atau beberapa kenalan terpilih.

Untuk memanfaatkan ciri ini sekarang, anda bolehlah melanggan pelan premium Telegram secara tahunan pada harga RM127.90, atau bulanan pada harga RM16.90.

Bacaan berkaitan

  • Stories di Telegram katanya lebih baik daripada WhatsApp, akan temui anda Julai 2023
  • Telegram setuju bertemu SKMM pada 19 Jun 2023, apa yang akan dibincangkan?
  • Telegram akan dipanggil bertemu dengan kerajaan untuk bincang hal keselamatan

[Sumber: TechCrunch]

Tags: telegramTelegram Stories
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Akhirnya Telegram lancar fungsi yang telah lama ada di WhatsApp, akibat desakan pengguna

Akhirnya Telegram lancar fungsi yang telah lama ada di WhatsApp, akibat desakan pengguna

24 July 2023
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER