• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[PROMO] Diskaun lebih RM500 untuk pembeli terawal RedMagic 8S Pro

  • OLEH Najib
  • 5:35 pm
  • 10/08/2023
  • Komen
[PROMO] Diskaun lebih RM500 untuk pembeli terawal RedMagic 8S Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Seminggu yang lepas, RedMagic mengumumkan kedatangan telefon pintar gaming terbaru mereka, RedMagic 8S Pro ke Malaysia. Ia akan mula dijual di Malaysia pada hari Isnin akan datang, 14 Ogos 2023.

Hari ini, RedMagic mengumumkan pula promosi yang akan diberi kepada pembeli terawal. Dari 14-18 Ogos 2023, pembelian RedMagic 8S Pro di Stor Rasmi RedMagic di Shopee, boleh menikmati diskaun sebanyak RM550.



Berikut adalah harga RedMagic 8S Pro selepas diskaun sepanjang tempoh promosi:

  • RedMagic 8S Pro Midnight (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699 RM3,149
  • RedMagic 8S Pro Platinum (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499 RM3,949
  • RedMagic 8S Pro Aurora (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499 RM3,949

Spesifikasi RedMagic 8S Pro

Boleh dikatakan, tiada perbezaan antara RedMagic 8S Pro dan RedMagic 8 Pro, selain daripada cip yang ditukar daripada Snapdragon 8 Gen 2 kepada Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version. Cip ini juga hanya digerakkan lebih pantas, teras utama Cortex-X3 berkelajuan 3.36Ghz berbanding 3.2Ghz, serta kelajuan GPU Adreno menjadi 719MHz daripada 680MHz. Menurut RedMagic, penggunaan cip Leading Version memberikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 5% dan GPU sebanyak 5.7%.



Perkakas lain masih serupa. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB serta storan dalaman UFS4.0 sehingga 512GB. Kapasiti bateri juga kekal 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W menerusi USB-C.

Skrinnya berukuran 6.8-inci, jenis AMOLED FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan puncaknya mencecah 1,300nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Kipas RGB terbina di dalam juga masih ada, mampu berputar sehinga 20,000 RPM. Selain itu, ia juga ada butang bahu sentuh 520hz dan dihiasi lampu RGB yang boleh diubahsuai.

Kamera belakang kekal tiga iaitu kamera utama 50MP F1.88, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan juga diletakkan tersembunyi di belakang skrin, menggunakan sensor 16MP F2.0. Ini memberikan pengalaman skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

Bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Jek audio 3.5mm juga dikekalkan jika masih ada yang mahu menggunakannya. Sistem operasi RedMagic OS 8.0 berasaskan Android 13 digunakan pada Redmagic 8S Pro.

dari kiri: Platinum, Midnight dan Aurora

Jika dahulu ia datang dalam pilihan warna Matte, Void dan Titanium, untuk RedMagic 8S Pro nama warna ini ditukar kepada Midnight, Platinum dan Aurora. Midnight dan Platinum membawakan kemasan seakan besi di belakang. Manakala Aurora memiliki badan belakang separa lutsinar dan kipas RGB yang lebih jelas kelihatan.

Anda boleh semak ulasan kami tentang model lama RedMagic 8 Pro di sini, dan perbandingannya bersama ROG Phone 7 di sini.

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic 8S Pro dilancar di Malaysia, harga kekal sama dan naik taraf Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version
  • RedMagic 8 Pro akan dijual di Malaysia dengan diskaun RM800
  • [REVIU] RedMagic 7S Pro, telefon gaming paling sejuk menentang Asus ROG Phone 6 Pro
  • RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei
  • Redmagic ada pengecas GaN berlampu RGB dan boleh cas 3 laptop serentak
Tags: RedMagicRedMagic 8S Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
[PROMO] Diskaun lebih RM500 untuk pembeli terawal RedMagic 8S Pro

[PROMO] Diskaun lebih RM500 untuk pembeli terawal RedMagic 8S Pro

10 August 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER