• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmagic ada pengecas GaN berlampu RGB dan boleh cas 3 laptop serentak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:46 am
  • 08/08/2023
  • Komen
Redmagic ada pengecas GaN berlampu RGB dan boleh cas 3 laptop serentak
Share on FacebookShare on Twitter

Redmagic, subjenama Nubia yang terkenal di Malaysia dengan telefon gaming mesra bajetnya kini menerokai cabang baharu. Mereka mengumumkan sedang bangunkan Redmagic Smart GaN Charger. Mampu bekerja pada kadar sehingga 150W, ia boleh kuasakan 3 laptop anda dalam satu-satu masa.

Daripada ilustrasi produk yang dikongsikan melalui laman rasmi, Redmagic Smart GaN Charger memiliki empat port pengecas. Satu daripadanya adalah penyambungan jenis barrel, dua USB-C dan satu USB-A. Port barrel mampu mengecas laptop gaming anda pada kadar 145W, USB-C pada kadar maksimum 100W manakala USB-A pada kadar maksimum 30W. Pembahagian kuasa dilakukan secara pintar secara automatik mengikut keperluan dan bekalan yang ada.



Contohnya, apabila penyambungan barrel digunakan pada kemampuan maksimum, port USB lain dihadkan kepada 10W output. Namun, apabila port barrel bekerja pada 75W, lebih banyak kuasa akan disalurkan kepada port USB.

Bukan setakat ia pengecas yang versatil, ia juga cantik di atas meja. Salah satu ciri unik produk ini adalah ia ada lampu RGB, sebagai mewarisi DNA gaming daripada Redmagic. Anda malah boleh kawal lampu RGB ini menggukan sambungan Bluetooth di telefon menggunakan perisian khas. Tambahan pula, pada badan pengecas itu sendiri ada paparan peka sentuhan yang akan paparkan maklumat-maklumat pengecasan seara masa nyata.



Redmagic akan menguar-uarkan program pendanaan Kicstarter dalam masa terdekat. Penyokong terawal diberikan perluang untuk dapatkan Redmagic Smart GaN Charger pada harga USD129 iaitu potongan 48% daripada harga asal USD269.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Gan chargerRedMagicredmagic pengecas
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmagic ada pengecas GaN berlampu RGB dan boleh cas 3 laptop serentak

Redmagic ada pengecas GaN berlampu RGB dan boleh cas 3 laptop serentak

8 August 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN