Selang 3 tahun selepas pelancaran Honda City 2020 (Serba Baharu), tibalah masalahnya untuk Honda mengemas kini kenderaan segmen-B paling laku keras itu untuk pasaran kita. Ini adalah 5 perkara yang perlu anda tahu tentang Honda City 2023 (Facelift).
1. Harga permulaan naik RM7,300
Honda City 2023 ditawarkan dalam pasaran Malaysia dalam 5 varian. Berikut adalah senarai harga OTR tanda insurans:
- Honda City 1.5L S – RM84,900
- Honda City 1.5L E – RM89,900
- Honda City 1.5L V – RM94,900
- Honda City 1.5L RS – RM99,900
- Honda City 1.5L e:HEV RS – RM111,900
Seperti edisi sebelum ini, Honda City 2023 ditawarkan dalam lima variasi pada pelbagai tanda harga. Cuma kali ini, kita ada dua variasi RS, satu menggunakan enjin petrol sepenuhnya satu lagi adalah hibrid. Ia cumalah Honda City V-Sensing yang dijenamakan semula.
Harga juga meningkat berbanding sebelumnya. Berikut adalah senarai harga Honda City 2020 (Serba Baharu):
- Honda City 1.5L S – RM77,600
- Honda City 1.5L E – RM85,600
- Honda City 1.5L V – RM90,600
- Honda City 1.5L RS – RM94,600
- Honda City 1.5L e:HEV RS – RM108,800
Terdapat kenaikan harga purata RM4,860 antara edisi dengan harga permulaan naik mendadak pada RM7,300.
2. Tiada perubahan prestasi, masih 80kW & 253Nm
Disebabkan ia adalah edisi facelift, jangkakan tiada perubahan langsung pada sistem janakuasa dan transmisi.
Varian e:HEV diperkasa gandingan enjin petrol dan motor elektrik. Sistem i-MMD mengawal motor output motor pada maksimum 80kW dan 253Nm manakala enjin petrol menjana kuasa sehingga 72kW dan 127Nm. Variasi petrol sepenuhnya pula memiliki janakuasa maksimum 89kW dan 145Nm.
3. Honda Sensing merentasi varian tapi…
Honda Sensing kini ditawarkan untuk semua varian walaupun yang termurah.
Anda dapat ciri seperti:
- Lane Departure Warning
- Road Departure Mitigating
- Lane Keep Assist
- Forward Collision Warning
- Collision Mitigation Braking
- Auto High Beam
- Adaptive Cruise Control
- Lead Car Departure Notification System
Walau bagaimanapun, varian 1.5L e:HEV menikmati fungsi tambahan iaitu Low Speed Follow. Fungsi ini sangat berguna dalam kesesakan jalan raya apabila kereta akan berhenti dan bergerak semula mengikut kelajuan kenderaan yang berada di hadapan. Lagi berita tak baik adalah Honda Lane Watch, iaitu kamera pandang sisi bahagian penumpang hanya ada untuk varian V dan keatas.
4. Android Auto dan Apple Carplay secara wayarles eksklusif untuk RS
Varian E dan keatas menerima sistem inforia dengan paparan 8” dan menyokong Apple CarPlay Serta Android Auto. Namun, cuma varian RS sahaja menikmati fungsi itu secara wayarles. Sebanyak 2 port USB disediakan untuk anda mengecas gajet ataupun menguasakan peralatan elektronik seperti dashcam.
Pada segi sistem audio pula, varian E dan keatas disamping ada 4 speaker, ia juga ada 4 tweeter yang pastinya berikan pengalaman audio yang lebih baik. Sebaliknya, varian S iaitu yang termurah bukan sahaja tiada tweeter malahan ia cuma ada 1 port USB dan radio biasa yang bermakna tiada sokongan Apple CarPlay ataupun Android Auto.
5. Ruang but 519L, terbesar dalam kelasnya
Honda City 2023 memiliki ruang but seluas 519L. Dikatakan yang ia adalah yang terbesar dalam kelasnya iaitu sedan segmen B. Sebagai perbandingan, pesaingnya Toyota Vios mempunyai 475L, Perodua Bezza 508L, Nissan Almera RM482, dan Proton Persona 510L.
Ia cuma terpakai untuk varian bukan e:HEV kerana versi hibrid ada 419L sahaja.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
Honda WR-V Malaysia: Ini pesaing Perodua Ativa yang tak perlukan turbo
Honda BRV, SUV 7-tempat duduk tidak akan dijual lagi di Malaysia