• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mix Fold 3, telefon lipat nipis berkelas flagship dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:13 pm
  • 15/08/2023
  • Komen
Xiaomi Mix Fold 3, telefon lipat nipis berkelas flagship dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi dalam satu acara pelancaran di Beijing telah memperkenalkan sekuel telefon lipat flagship terbaru, Xiaomi Mix Fold 3. Merupakan kemas kini daripada Xiaomi Mix Fold 2 terdahulu, ia menampilkan rekaan badan yang lebih nipis dan menerima naik taraf pada perkakas dalaman.

Xiaomi Mix Fold 3 adalah telefon lipat yang paling nipis dihasilkan oleh Xiaomi setakat ini, dengan berdimensi 5.26mm dalam keadaan skrin dibuka, dan 10.89mm apabila dilipat. Ini merupakan telefon kedua ternipis selepas Honor Magic V2 yang dilancar pada Jun lalu.



Untuk mencapai badan senipis ini, Xiaomi memasangkan engsel baru yang terdiri daripada 198 komponen yang mengambil 17% lebih kurang ruang dalaman. Engsel terbaru pada Mix Fold 3 ini juga menyokong bukaan skrin 45 darjah hingga 135 darjah, seperti yang boleh dilakukan di Galaxy Z Fold 4 dan Z Fold 5.

Xiaomi Mix Fold 3 dipasang dua paparan E6 OLED, dengan paparan dalaman LTPO seluas 8.03-inci resolusi 1,960×2,160 yang menampilkan skrin Ultra Thin Glass (UTG). Manakala untuk paparan luar, ia berukuran 6.56-inci beresolusi 1,080×2,520 Kedua-dua skrin ada sokongan HDR10+, Dolby Vision, kadar penyegaran sepantas 120Hz dan dengan kecerahan puncak sehingga 2,600 nits.



Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 Leading Edition, cip serupa yang diguna pakai pada siri Galaxy S23, versi overclocked berkelajuan 3.36Ghz. Bersama-sama itu, ia ditawarkan dengan konfigurasi RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan 67W serta pengecasan wayarles pada 50W.

Memacu sistem pengimejan Xiaomi Fold 3 adalah tetapan empat kamera dengan penjenamaan Leica. Kamera utamanya menggunakan sensor 50MP Sony IMX800 dan terdapat kamera ultralebar 12MP. Baki dua kamera adalah kamera telefoto 10MP dan kamera periskop 10MP, yang masing-masing boleh zum optik 3.2 kali dan 5 kali serta menyokong OIS.

Sistem operasi yang dijalankan Xiaomi Mix Fold 3 adalah MIUI 14 berasaskan Android 13, dan ia tersedia dalam dua kemasan panel belakang iaitu kaca atau fiber seramik.

Di pasaran China, harga dan konfigurasi yang ditawarkan untuk Xiaomi Mix Fold 3 adalah seperti berikut:

  • Xiaomi Mix Fold 3 (RAM12GB + storan 256GB) – CNY8,999 (~RM5,730)
  • Xiaomi Mix Fold 3 (RAM16GB + storan 512GB) – CNY9,999 (~RM6,366)
  • Xiaomi Mix Fold 3 (RAM16GB + storan 1TB) – CNY10,999 (~RM7,003)

Memandangkan Xiaomi Mix Fold 2 sebelum ini tidak dilancarkan untuk pasaran Malaysia dan diluar China, mungkin perkara yang sama akan terjadi bagi model terbaru ini.

[Sumber: GSMArena]

Tags: xiaomixiaomi mix fold 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi Mix Fold 3, telefon lipat nipis berkelas flagship dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2

Xiaomi Mix Fold 3, telefon lipat nipis berkelas flagship dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2

15 August 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN