Kami telah beroleh rakaman ekslusif mengenai pesawat yang terhempas di Elmina pada pukul 2.50 petang tadi. Rakaman ini menunjukkan gambaran jelas tentang apa yang terjadi pada pesawat, 10 saat sebelum ia terhempas.
Berdasarkan video daschcam selama 1-minit ini, pesawat tersebut kelihatan membelok ke kanan sebelum menjunam ke tanah. Pesawat dengan 6 tempat penduduk ini, Beechcraft Premier 1 diuruskan oleh Jet Valet telah berlepas dari Langkawi pada pukul 2.08pm menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat telah menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.47pm dan menerima kebenaran mendarat seminit kemudian. Pada pukul 2.51pm, Menara Kawalan Subang mengesan asap berkepul dari lokasi pesawat terhempas tetapi tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat sebelum itu.
CAAM melaporkan, pesawat peribadi itu dinaiki enam penumpang bersama dua kakitangan penerbangan. Bagaimanapun, polis melaporkan seramai 10 orang telah terkorban, termasuk dua orang (penunggang motorsikal dan pemandu) di atas jalanraya. Siasatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), di bawah Kementerian Pengangkutan.
Dalam sidang media petang tadi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pihak berkuasa penerbangan, polis dan penyiasat kini sedang meninjau lokasi nahas pesawat tersebut di Bandar Elmina, untuk mencari kotak hitam sebagai sebahagian daripada siasatan. Dia memberitahu pemberita bahawa tanda-tanda awal menunjukkan bahawa pesawat peribadi itu telah menyimpang dari laluan penerbangannya dan membelok ke kanan. Pada masa ini, keutamaan adalah untuk mencari kotak hitam yang akan membantu memberikan lebih banyak jawapan.
Antara nama yang tersenarai di dalam manifes penerbangan adalah ADUN Pahang, Johari Harun serta Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali. Dua juruterbang pula adalah Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.
[Sumber: SoyaCincau]