• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 13T dan 13T Pro sedia dilancar di Malaysia?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:02 pm
  • 21/08/2023
  • Komen
Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi tidak lama lagi mungkin akan melancarkan barisan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia. Ia adalah telefon pintar siri 13T, kesinambungan daripada model 12T sebelum ini. Ini adalah kerana kedua-dua model dalam siri itu iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro telah pun kelihatan tersenarai dalam pengkalan data SIRIM.

Berdasarkan pengkalan data itu, Xiaomi 13T Pro telah didaftarkan pada 17 Julai dengan nombor model 2306EPN60G dan Xiaomi 13T pada 4 Julai dengan nombor model 2306EPN60G. Senarai itu tidak mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan spesifikasi kedua-dua model tersebut.



Xiaomi setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan pelancaran kedua model ini. Tetapi ia mungkin akan dilancar dalam masa terdekat kerana sudah disenaraikan di pengkalan SIRIM. Khabar angin mengatakan ia akan dilancarkan di peringkat global pada 1 September ini. Untuk perspektif, siri Xiaomi 12T dilancarkan di Malaysia pada 4 Oktober 2022.

Spesifikasi Xiaomi 13T

Xiaomi 13T Pro dipercayai merupakan penjenamaan semula Redmi K60 Ultra yang telah dilancar untuk pasaran China sahaja pada 15 Ogos lalu. Meskipun begitu, bahagian kameranya dikatakan akan mendukung spesifikasi yang cukup berbeza. Ia menggunakan tetapan tiga kamera memuatkan kamera utama 50MP dengan sensor IMX707, kamera telefoto 50MP dan kamera ultralebar 13MP.



Menurut render oleh Mysmartprice, sistem kameranya dilihat didatangkan dengan cap Leica, sama seperti siri telefon flagship Xiaomi 13. Ini bermakna Xiaomi 13T Pro bakal memiliki sistem kamera yang lebih baik berbanding Redmi K60 Ultra, walaupun perkakasan lain adalah sama. Render juga menunjukkan ia akan tersedia dalam dua kemasan sama ada kaca atau kulit.

Untuk spesifikasi dalaman, Xiaomi 13T Pro dijangka akan dikuasakan cip Dimensity 9200+ bersama gandingan RAM sehingga 16GB. Bahagian paparannya akan dipasangkan skrin AMOLED 6.67-inci resolusi 2712×1220 dengan kadar penyegaran 144Hz. Kapasiti baterinya adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 120W, dan terdapat juga penarafan IP68.

Bagi model Xiaomi 13T, ia dilaporkan akan diperkasa cip Dimensity 8200 dengan RAM 16GB. Paparannya dijangka sama seperti model Pro dengan menggunakan skrin AMOLED 6.67-inci resolusi 2712×1220 serta kadar penyegaran 144Hz. Bahagian bateri juga mungkin sama iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pada 120W.

Selain itu, pensijilan dari negara lain nampaknya telah mengesahkan kedua-dua model dalam siri ini akan didatangkan dalam varian RAM 8GB + 256GB dan RAM 12GB + storan 256GB, serta menyokong rangkaian 5G, NFC, Bluetooth 5.3, dan WiFi 802.11ax. Berkemungkinan ia akan menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13.

[Sumber: GizmoChina]

Tags: SIRIMxiaomiXiaomi 13TXiaomi 13T Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Xiaomi 13T dan 13T Pro sedia dilancar di Malaysia?

21 August 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN