Bajet sekitar RM1,000 ni paling banyak dicari rakyat Malaysia. Senang je, anda boleh rujuk senarai ini untuk pilihan terbaik yang boleh dibeli di Malaysia. Jadi, anda boleh war-warkan juga pada rakan-rakan dan saudara mara untuk semak video sebagai rujukan.
Di sini, saya senaraikan 5 telefon terbaik anda boleh beli di Malaysia, bawah RM1,200. Apa 5 telefon tu? Selain itu, semak juga senarai 5 telefon terbaik kami bawah RM2,000 dan RM600.
1. Samsung Galaxy A34 5G (8GB+256GB) RM1,199
Galaxy A34 ni dilancar bulan Mac lepas pada harga RM1,599, tapi sekarang dah ramai penjual letak harga RM1,199 sahaja. Terus jadi telefon terbaik bawah RM1,200. Ia cuma guna cip Mediatek Dimensity 900 dan sokong pengecas 25W, tapi kekuatannya pada kamera 48MP OIS dan ada kalis air IP67.
Samsung juga bagi jaminan peranti selama 2 tahun, serta dijamin kemaskini Android selama 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun. Ia datang dengan OS OneUI 5 berasaskan Android 13, jadi boleh dapat sampai Android 17.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. iQoo Z7 5G (8+128GB) RM1,219
Ini pun telefon yang turun harga. iQoo Z7 dilancar bulan April berharga RM1,299. Sekarang dah turun sikit. Ia adalah telefon paling berkuasa dalam senarai ni sebab guna cip Snapdragon 782G, sesuai digelar telefon gaming.
iQoo Z7 masih guna skrin LCD 120Hz, tapi sokong pengecasan pantas 120W. Sistem bunyinya stereo dan masih ada jek audio 3.5mm. Kameranya 64MP OIS dan menariknya, ia ada pemancar inframerah.
Dapatkan iQoo Z7 5G di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Poco X5 Pro (8+256GB) RM1,189
Satu lagi telefon yang turun harga, Poco X5 Pro menawarkan prestasi lebih baik daripada Redmi Note 12 5G. Antaranya kuasa Snapdragon 778G, skrin Flow AMOLED 120Hz, kuasa mengecas 67W dan speaker stereo. Ia juga ada kamera 108MP tetapi tiada OIS. Pemancar infra merah juga ada di Poco X5 Pro.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Oneplus Nord CE 3 Lite 5G (8+256GB) RM1,099
Dikuasakan cip Snapdragon 695, OnePlus Nord CE 3 Lite ada skrin terbesar 6.72-inci, tetapi jenis LCD 120Hz. Kuasa pengecasnya tinggi, 67W dan ada kamera utama 108MP. Jek audio 3.5mm pun kekal dan speaker stereo katanya 200% lebih lantang. Oneplus turut jamin kemaskini keselamatan selama 3 tahun dan kemaskini OS sebanyak 2 kali.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Infinix Note 30 Pro (8+256GB) RM899
Sebenarnya saya nak letak Infinix GT 10 Pro yang ada 5G, tapi telefon tu dilancar 12 September lambat lagi. Harga pun tak tau, saya jangka bawah RM1200. Jadi sekarang, pilihan terbaik adalah Infinix Note 30 Pro. Ia ada cip Helio G99 yang berkuasa, tapi tak ada 5G. Kehebatannya, ia guna skrin AMOLED 120hz, speaker stereo ditala JBL, kamera utama 108MP dan kamera selfie berlampu 32MP.
Tetapi paling hebat adalah, ia sokong pengecasan pantas berwayar 68W dan tanpa wayar 15W. Malah, harganya cuma RM899. Ini satu-satunya telefon bukan sahaja bawah RM1,200 yang sokong pengecasan wayarles. Kalau tak perlu 5G, ini adalah telefon yang hebat fungsinya.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
Bacaan Berkaitan
- 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
- 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di Malaysia tahun 2023
- 5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia tahun 2023
- 5 Telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia tahun 2023
- 5 TV 65 inci terbaik bawah RM3,000 (Jun 2023)
- 5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Tahun 2023)