• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 01/09/2023
  • Komen
Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis telah membuka tawaran mereka untuk Pakej 5G Rahmah menerusi pelan pascabayar Hotlink dan dua peranti 5G. Dalam tawaran ini, Maxis memberikan rebat RM10 untuk pelan dan telefon pintar 5G dari serendah RM219 untuk pilihan rakyat Malaysia.

Pelan yang ditawarkan dalam Pakej 5G Rahmah ini adalah pelan pascabayar Hotlink Postpaid 70. Pelan ini berharga RM70/bulan tetapi diberikan rebat RM10 selama 24-bulan, menjadi RM60/bulan khas untuk pelanggan pakej ini.



Dengan membayar RM60, pelanggan akan menerima data sebanyak 70GB untuk kegunaan 4G & 5G, serta data bonus 35GB untuk 5G. Bermakna, terdapat 105GB data diberikan. Data ini bukan sahaja boleh digunakan untuk hotspot, tetapi ia boleh digunakan sebagai data perayauan di tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand. Jadi, pengguna tidak perlu melanggan pas perayauan apabila berada di 3 negara ini. Di samping itu, pelan ini turut menyediakan panggilan dan SMS tanpa had ke semua talian tempatan.

Untuk telefon 5G pula, terdapat dua model ditawarkan iaitu Samsung Galaxy A14 5G dan Honor 90 Lite. Bersama kontrak 24-bulan dan jaminan peranti selama 2-tahun, pelanggan boleh membeli Galaxy A14 5G pada harga RM219 sahaja. Manakala telefon Honor 90 Lite boleh didapati pada harga RM239.



Di dalam sepanduk di laman web Hotlink, ia turut menyatakan satu lagi telefon pintar yang akan datang iaitu Oppo A78 5G. Walaupun tiada maklumat lanjut, terdapat beberapa pengedar Maxis telah berkongsi maklumat tentang telefon ini. Oppo A78 5G boleh dimiliki bersama Pakej 5G Rahmah pada harga RM199 sahaja, mulai 5 September 2023. Kita nantikan pengumuman rasmi Maxis pada tarikh tersebut untuk kepastian.

Selain itu, golongan B40 boleh menikmati subsidi RM120 untuk pembelian telefon Pakej 5G Rahmah. Ia terhad untuk 100,000 pendaftar pertama sahaja. Dengan subsidi RM120, B40 boleh mendapatkan tawaran Maxis ini pada harga lebih murah iaitu RM119 untuk Honor 90 Lite, RM99 bagi Samsung Galaxy A14 5G dan RM79 dengan Oppo A78 5G.

Tawaran Maxis untuk Pakej 5G Rahmah telah dibuka dari 31 Ogos dan akan tamat pada 31 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Pakej Rahmah Hotlink.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: U Mobile beri 200GB data dan perayauan percuma di 3 negara dengan pelan RM58/bulan
  • Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma
  • Pakej 5G Rahmah: Yes tawar pelan RM35 dengan 100GB data dan telefon 5G berbeza
Tags: hotlinkHotlink Postpaid 70maxispakej 5g rahmah
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara

Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara

1 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER