• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi Air 5G akhirnya tiba, tiada penalti tamat kontrak jika rangkaian 5G tidak memuaskan

  • OLEH Najib
  • 5:29 pm
  • 07/09/2023
  • Komen
Unifi Air 5G akhirnya tiba, tiada penalti tamat kontrak jika rangkaian 5G tidak memuaskan
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) akhirnya telah melancarkan jalur lebar wayarles 5G, dikenali sebagai Unifi Air 5G. Ia adalah pelan 5G tanpa had kuota, serta berkelajuan penuh tanpa sekatan.

Pelan Unifi Air 5G datang bersama SIM dan router 5G pada harga RM149/bulan, serta kontrak 24-bulan. Router ini menyokong WiFi 6 dan boleh menyambungkan sehingga 30 peranti ke internet. Pelan ini disasarkan untuk pengguna di luar kawasan jalur lebar fiber. Ia boleh diaktifkan sendiri oleh pengguna, tidak perlu sebarang pemasangan wayar atau menebuk dinding.



Di ruangan soalan lazim (FAQ) serta terma & syarat (T&C), ada dinyatakan bahawa terma tanpa had tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) Unifi. Tetapi tiada pula sebarang angka disebut padanya.

Bagaimanapun, Unifi Air 5G tidak menawarkan pelan SIM sahaja, seperti yang ada di U Mobile dan Yes 5G. Pelan SIM sahaja hanya ditawarkan dengan rangkaian 4G LTE, tiada sokongan 5G.



Tiada penalti untuk tamat kontrak?

Di dalam FAQ juga ada menjelaskan, router yang diberi oleh TM hanya boleh digunakan bersama SIM Unifi Air 5G sahaja. Selain itu, terdapat penalti dikenakan jika menamatkan perkhidmatan di dalam tempoh kontrak. Bayaran penalti dikira berdasarkan harga rasmi router (RM1,300) dan baki bulan kontrak. Jika masih ada baki 5 bulan, pengguna harus membayar penalti (RM1,300/24) x 5 = RM271.

Tetapi ada satu perkara menarik tentang penalti ini. Ia ada menyatakan bahawa pengguna boleh menamatkan kontrak tanpa penalti, jika terdapat bukti bahawa rangkaian 5G di kawasan sangat teruk atau sesak. Atau ada kesalahan maklumat diberikan oleh perunding khidmat pelanggan, jurujual atau ejen. Penamatan tanpa penalti juga diberikan jika ada bukti bahawa terdapat elemen penipuan oleh perunding khidmat pelanggan, jurujual atau ejen. Tetapi router 5G harus dipulangkan lengkap dengan bungkusannya.

Pada harga ini, sememangnya pelan Unifi Air 5G lebih mahal daripada tawaran Yes 5G. Ini kerana Yes 5G menawarkan pelan SIM dan router 5G pada harga RM99/bulan, juga tanpa sekatan kelajuan dan FUP, untuk rangkaian 5G. Pelan SIM sahaja tanpa router pula berharga RM58/bulan.

Paling penting, pelanggan haruslah berada di dalam liputan 5G yang disediakan Digital Nasional Berhad (DNB) jika mahu melanggan pelan Unifi Air 5G ini. Jika tidak, memang sia-sialah membayar harga pelan yang mahal tetapi tidak boleh digunakan sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi Wireless Broadband.

Tags: 5g malaysiaUnifiUnifi AIRUnifi Air 5GUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Air 5G akhirnya tiba, tiada penalti tamat kontrak jika rangkaian 5G tidak memuaskan

Unifi Air 5G akhirnya tiba, tiada penalti tamat kontrak jika rangkaian 5G tidak memuaskan

7 September 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN