• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bank Islam lancar kad Debit-i Be U Visa, ada lima rekaan untuk dipilih

  • OLEH Najib
  • 10:11 am
  • 08/09/2023
  • Komen
Bank Islam lancar kad Debit-i Be U Visa, ada lima rekaan untuk dipilih
Share on FacebookShare on Twitter

Be U, bank digital sepenuhnya oleh Bank Islam, telah melancarkan Kad Debit-i Be U Visa yang ditawarkan dalam pelbagai rekaan. Selain menawarkan kemudahan dan cara lebih selamat untuk pembayaran tanpa sentuh di lebih 100 juta pedagang Visa di seluruh dunia, kad baru ini juga menyediakan beberapa ciri-ciri baharu untuk menampung keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam, Noor Farilla Abdullah berkata, kad ini menampilkan kecekapan, pilihan dan kawalan untuk memenuhi permintaan pasaran masakini. Dia menambah, tawaran baru ini menunjukkan komitmen Bank Islam untuk menyampaikan penyelesaian patuh-Shariah termaju yang selari dengan gaya hidup moden.



Dengan Kad Debit-i Be U Visa yang baru, pemegang kad boleh memantau kewangan mereka menerusi penjejak perbelanjaan yang terbina di dalam aplikasi Be U oleh Bank Islam. Ini membenarkan pelanggan untuk mengetahui dan memahami tabiat perbelanjaan mereka, sekaligus membantu pengguna untuk merancang dan mencapai sasaran kewangan secara strategik.

Untuk kemudahan mengurus keselamatan dan tetapan kad, aplikasi Be U turut membenarkan pengguna membekukan dan membuka semula pembekuan kad mereka, mengubah nombor PIN serta menukar keselamatan dan had perbelanjaan kad. Pelanggan juga boleh melaporkan sebarang pertikaian mengenai transaksi yang mencurigakan atau tidak dibenarkan secara terus di dalam aplikasi, menghapuskan keperluan untuk membuat panggilan atau mengisi borang aduan.



Bank Islam berkata, Be U menawarkan pengalaman tanpa cawangan sepenuhnya di mana pelanggan digalakkan untuk mengurus pengalaman perbankan di dalam aplikasi, tanpa perlu mengunjungi cawangan bank. Selain kad debit fizikal, pelanggan Be U juga boleh membuat pembayaran secara tanpa tunai dan menghantar wang menerusi DuitNow Qr dan DuitNow. Aplikasi bank digital ini turut menyokong fungsi tambahan seperti Nest, fungsi sasaran simpanan automatik yang menggalakkan pelanggan untuk menyimpan bagi mencapai sasaran jangka pendek mereka.

Kad Debit-i Be U Visa dikenakan caj RM12 untuk permohonan dan yuran tahunan sebanyak RM10. Pengeluaran tunai di ATM adalah percuma di mesin ATM Bank Islam dan dikenakan caj RM1 di mesin ATM tempatan menerusi rangkaian MEPS. Untuk pengeluaran tunai luar negara menerusi rangkaian ATM Visa, terdapat caj RM10 untuk setiap transaksi. Caj transaksi lain termasuk kadar pertukaran wang asing akan mnegikuti kadar semasa Bank Islam.

Kad Debit-i Be U Visa ditawarkan dalam 5 bentuk rekaan dan pelanggan boleh memohon kad ini menerusi aplikasi Be U yang terdapat di Apple AppStore dan Google PlayStore. Menurut Bank Islam, kad debit baru ini akan dihantar ke rumah pelanggan dalam masa 3-4 hari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Be U.

Tags: Bank IslamBe U
Najib

Najib

POPULAR

Bank Islam lancar kad Debit-i Be U Visa, ada lima rekaan untuk dipilih

Bank Islam lancar kad Debit-i Be U Visa, ada lima rekaan untuk dipilih

8 September 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER