• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Buds FE bakal jadi fon putik termurah Samsung?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:16 pm
  • 14/09/2023
  • Komen
Galaxy Buds FE bakal jadi fon putik termurah Samsung?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dikesan sedang bangunkan satu fon putik mampu milik untuk menyertai barisan produk Fan Edition. Fon putik ini akan dipasarkan Samsung sebagai Galaxy Buds FE. Ia berikutan penemuan dokumentasi berformat PDF di laman rasmi mereka tentang pengoperasian Galaxy Buds FE.

Setakat ini, butiran teknikal produk ini masih tandus. Namun, berdasarkan dokumen tersebut ada beberapa info boleh kita ekstrak. Contohnya, fizikalitinya mirip Galaxy Buds 2 sedia ada. Pada setiap satu fon putik ini terdapat permukaan peka sentuhan yang boleh diguna pemakai untuk beri arahan kepada telefon secara wayarles. Daripada segi ergonomik, sayap getahnya boleh ditukar ganti untuk disuaikan dengan bentuk telinga si pemakai.



Dokumen manual juga menunjukkan kehadiran penyaring hingar aktif. Bekas penyimpan berbentuk kuboidnya tentu sekali akan turut menyimpan tenaga bagi memanjangkan tempoh guna fon putik ini.

Samsung Galaxy Buds FE pastinya akan jadi fon putik paling murah dalam penawaran Samsung kelak. Setakat ini, dalam penawaran mereka ialah Samsung Galaxy Buds2, Galaxy Buds Live, dan Galaxy Buds 2 Pro.



Galaxy Buds 2, TWS paling ringan pernah Samsung hasilkan

Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal

Galaxy Buds 2 Pro sewakti dilancarkan memiliki tanda harga RM899 sementara Galaxy Buds2 pada harga RM499. Galaxy Buds Live pula tiba kemudian pada harga RM699. Tidak mustahil Galaxy Buds FE akan diletakkan pada harga RM299 sekiranya kita melihat pola dalam kalangan 3 fon putik sedia ada itu.

Sumber: WinFuture

Tags: audioGalaxy Buds FEsamsungsamsung galaxy buds fe
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Buds FE bakal jadi fon putik termurah Samsung?

Galaxy Buds FE bakal jadi fon putik termurah Samsung?

14 September 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN