• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kad Wise Malaysia kini disokong di Apple Pay dan Google Pay, ini cara menambahnya

  • OLEH Najib
  • 4:35 pm
  • 19/09/2023
  • Komen
Kad Wise Malaysia kini disokong di Apple Pay dan Google Pay, ini cara menambahnya
Share on FacebookShare on Twitter

Wise, penyedia perkhidmatan kewangan digital telah bertapak di Malaysia sejak 2021. Ia menjadi pilihan ramai untuk penghantaran wang ke luar negara melalui internet, serta pembayaran di luar negara menggunakan kad fizikal dan maya yang disediakan.

Kini, kad Wise telah mula diterima untuk digunakan di dalam Apple Pay dan Google Pay. Ia boleh mula dimasukkan ke dalam Apple Wallet dan Google Wallet, sebagai salah satu cara pembayaran tanpa tunai menerusi telefon pintar atau jam pintar.



Semakan di ruangan bantuan Wise, ia menyatakan kad Wise yang dikeluarkan di Malaysia, ia boleh ditambah ke dalam Apple Pay dan Google Pay. Malah, kedua-dua kad fizikal dan kad maya Wise boleh digunakan.

Malaysia tersenarai dalam sokongan kad Wise di Apple Pay
Malaysia tersenarai dalam sokongan kad Wise di GooglePay

Cara menambah Wise ke dalam Apple Pay

Wise ada cara yang sangat mudah untuk menambah kad Wise ke dalam Apple Pay, menggunakan aplikasi Wise sendiri. Mula-mula, buka aplikasi Wise di iPhone. Kemudian pergi ke kad, dan pilih kad yang mahu ditambah. Akan kelihatan ‘Add to Apple Pay’ di bawah kad tersebut. Tekan padanya dan ikuti proses yang ditunjukkan. Akan ada SMS diterima untuk pengesahan.



Untuk cara manual di Apple Wallet, boleh ikut cara-cara menambah kad dalam tutorial kami di sini.

Kad Wise fizikal (hijau) dan maya (biru) di Apple Wallet

Cara menambah Wise ke dalam Google Pay

Menariknya, cara yang sama juga boleh digunakan untuk menambah kad Wise ke dalam Google Pay. Bermula dengan membuka aplikasi Wise di telefon Android. Kemudian pergi ke kad, dan pilih kad yang mahu ditambah. Akan kelihatan ‘Add to Google Pay’ di bawah kad tersebut. Tekan padanya dan ikuti proses yang ditunjukkan. Akan ada SMS diterima untuk pengesahan.

Untuk cara manual di Google Wallet, boleh ikut cara-cara menambah kad dalam tutorial kami di sini.

Kad Wise fizikal (hijau) dan maya (biru) di Google Wallet

Bacaan Berkaitan

  • Cara membayar dengan Google Pay di Malaysia
  • Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya
  • Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang
Tags: apple payapple walletgoogle payGoogle WalletWise
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Kad Wise Malaysia kini disokong di Apple Pay dan Google Pay, ini cara menambahnya

Kad Wise Malaysia kini disokong di Apple Pay dan Google Pay, ini cara menambahnya

19 September 2023
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN