• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang

  • OLEH Najib
  • 5:04 pm
  • 08/12/2021
  • Komen
Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang

Wise

Share on FacebookShare on Twitter

Wise, sebelum ini dikenali sebagai TransferWise, hari ini melancarkan kad dan akaun berbilang matawang mereka di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia boleh menjimatkan wang apabila berbelanja matawang asing serta membuat tukaran matawang.

Wise telah sekian lama menyediakan platform penghantaran wang ke seluruh dunia di Malaysia. Kini dengan kad dan akaun berbilang matawang Wise, pengguna boleh menyimpan pelbagai matawang asing dan membelanjakannya kepada lebih 50 matawang berbeza. Menurut Wise, ini adalah akaun yang pertama seumpamanya menawarkan kadar tukaran matawang masa nyata dengan tiada caj tambahan dan tiada caj transaksi luar negara.



Pengguna yang mendaftar perkhidmatan kad dan akaun Wise, akan boleh menikmati beberapa ciri-ciri yang sukar ditemui pada kad berbilang matawang yang sedia ada di Malaysia, antaranya:

  1. Menyimpan dan menukar di antara lebih 50 matawang dengan segera, dan berbelanja di lebih 200 negara di mana sahaja Visa diterima di dalam dan luar talian
  2. Teknologi terbina di dalamnya dapat memilih secara automatik kadar tukaran matawang paling murah semasa menggunakan kad
  3. Akaun terperinci di dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan 9 matawang lain (GBP, EUR, USD, AUD, NZD, CAD, HUF, SGD dan TRY) dalam beberapa minit, jadi ia boleh menerima dan menghantar wang seperti transaksi tempatan.
  4. Aplikasi yang sangat mudah digunakan untuk menambah dan menukar matawang, terima notifikasi pantas, serta membeku dan menyahbeku kad bila-bila masa. Maklumat penuh kad diterima dengan pantas apabila memohon kad dan boleh terus digunakan. Anda juga boleh menetapkan apa jenis transaksi yang dibenarkan, serta had perbelanjaan setiap kad.

Wise turut menerangkan bahawa kad dan akaun mereka sangat sesuai digunakan oleh mereka yang selalu membeli di dalam dan luar negara tidak kira di dalam atau luar talian, serta menerima dan menyimpan matawang asing dengan kadar tukaran terendah.



Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh rakyat Malaysia yang baru ke luar negara kerana bekerja atau belajar, sebagai akaun segera buat sementara untuk menerima, menghantar atau menyimpan matawang di negara baru. Jadi, tidak perlu mengunggu akaun bank di negara baru diluluskan penggunaannya. Di samping itu, Wise juga memberikan sehingga dua kali pengeluaran wang percuma setiap bulan.

Pendaftaran percuma

Sebagai pengenalan buat rakyat Malaysia, Wise kini menawarkan pendaftaran percuma untuk kad mereka sehingga 1 Januari 2022, terhad kepada 5,000 pendaftaran pertama. Kepada yang berminat, boleh membuat pendaftaran menerusi laman web Wise, atau muat turun aplikasi Wise di Apple Appstore atau Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut mengenai kad dan akaun Wise, layari laman web Wise di sini.

Tawaran yang disediakan Wise ini kelihatan agak serupa dengan BigPay oleh AirAsia dan juga MerchanTrade Money, yang menyediakan tukaran matawang pantas menerusi aplikasi. Jika anda pengguna BigPay atau MerchanTrade, anda boleh mencuba Wise dan membandingkan adakah ia menyediakan servis yang lebih baik.

Bacaan Berkaitan

  • Pengguna BigPay boleh hantar wang dan membayar dengan DuitNow QR tidak lama lagi
  • BigPay kini boleh hantar wang dari Malaysia ke China dalam masa 15 minit
  • BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal
Tags: Wise
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang

Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang

8 Disember 2021
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER