• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp iPad sedang dipandu uji di TestFlight

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:16 pm
  • 21/09/2023
  • Komen
WhatsApp iPad sedang dipandu uji di TestFlight
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp dilapor telah menerbitkan satu versi WhatsApp ke dalam program beta TestFlight. WhatsApp yang mendukung nombor versi 23.19.1.71 ini dikatakan signifikan kerana di dalamnya terkandung sokongan untuk iPad. Ya, sepanjang kewujudan iPad, WhatsApp masih belum ada untuk versi tablet Apple ini.

Seperti biasa, ciri ini masih di fasa beta dan hanya terbuka untuk pengguna yang berada dalam kelompok penguji yang memiliki akses terhadap TestFlight, platform percubaan beta kendalian Apple. Dijangkakan yang fungsinya sama sahaja seperti mode Companion yang sedang dinikmati versi telefon sekarang apabila kamera pada iPad perlu digunakan untuk mengimbas kod QR peranti utama yang menjalankan WhatsApp.



Companion Mode pertama kali diperkenalkan kepada umum dalam bulan Mei 2022 lalu pada pengguna Android dan iOS yang bermakna kita boleh log masuk akaun WhatsApp yang sama di dua peranti berbeza. Sebenarnya, Companion Mode membenarkan kita melog masuk kepada sehingga 4 peranti serentak.

Ia lantas merungkaikan masalah pengguna ingin mengakses mesej WhatsApp merentasi platform. Dalam bulan Julai 2023 yang lalu pula, WhatsApp memperkenalkan fungsi memindahkan salinan mesej merentasi platform, daripada Android kepada iOS dan iOS kepada Android, satu ciri yang sangat disambut baik pengguna kebanyakan.



Sumber: WeBetaInfo

Tags: ipadwhatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

WhatsApp iPad sedang dipandu uji di TestFlight

WhatsApp iPad sedang dipandu uji di TestFlight

21 September 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN