• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga pelan jalur lebar akan turun agak ketara, Fahmi jangka perbincangan selesai minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 21/09/2023
  • Komen
Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat
Share on FacebookShare on Twitter

Harga perkhidmatan jalur lebar dijangka akan turun dengan ketara tidak lama lagi, selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencapai persetujuan dalam fasa akhir perbincangan dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar borong di Malaysia.

Perbincangan ini mengambil sedikit masa kerana penyedia perkhidmatan memaklumkan keuntungan mereka akan terjejas, menurut penjelasan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil di dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KKD hari ini.



Fahmi berkata, beliau telah meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar.

“Sesi rundingan telah diadakan, saya percaya hampir capai kata putus. Insya-Allah saya jangka menjelang minggu depan akan dimuktamadkan,” katanya lagi.



Pada 7 Ogos lalu, Fahmi dilaporkan berkata semua penyedia perkhidmatan internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga internet bermula September selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

Pengurangan harga internet itu juga bertujuan mengurangkan kadar inflasi dalam sektor telekomunikasi negara yang kini telah mereda daripada 0 peratus kepada -3.7 peratus pada Julai lepas.

“Dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kita berjaya turunkan kadar inflasi sektor komunikasi, ini bermaksud kita memang akan tawarkan internet pada harga murah,” katanya.

Fahmi juga menyatakan bahawa liputan rangkaian 5G di Malaysia dijangka meliputai 80% kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.

[Sumber: Berita Harian, Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

  • TM jamin selesaikan isu MSAP, perjanjian akses dan RAO pada akhir September
  • Fahmi jangka harga internet akan lebih murah menjelang September
  • SKMM jawab isu MSAP 2023, harga jalur lebar akan turun selepas September
Tags: Fahmi FadzilMSAPSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat

Harga pelan jalur lebar akan turun agak ketara, Fahmi jangka perbincangan selesai minggu hadapan

21 September 2023
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER