• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fahmi jangka harga internet akan lebih murah menjelang September

  • OLEH Najib
  • 12:50 pm
  • 01/08/2023
  • Komen
Fahmi jangka harga internet akan lebih murah menjelang September
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil sekali lagi menjelaskan bahawa harga internet dijangka akan turun menjelang bulan September. Ia selepas Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) dilaksanakan.

Dalam ucapannya kepada Bernama, Fahmi menyebut, “InsyaAllah, menjelang bulan 9, harga bagi internet akan menjadi lebih, lebih murah. Kalau sebelum ini murah, insyaAllah lebih murah.”



Kadar MSAP terbaru telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 16 Februari 2023 dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023. Pada penghujung bulan Mac, Fahmi ada menyatakan di Twitter bahawa kadar MSAP yang diumumkan pada bulan Februari, akan membantu menurunkan keseluruhan harga internet dalam tempoh 2 ke 3 bulan.

Tetapi selepas 4 bulan MSAP dikuatkuasakan, masih tiada penurunan harga ketara untuk pelan internet jalur lebar di Malaysia.



Mandatory Standards on Access Pricing (MSAP) yg diumum 16 Feb lalu bakal mengurangkan harga internet secara keseluruhan dalam masa 2-3 bulan ini inshaAllah.

Kerana SKMM arah harga borong broadband dikurangkan.

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) March 30, 2023

Beberapa minggu lepas, SKMM telah memaklumkan bahawa kebanyakan penyedia akses sedang dalam proses memaparkan kadar Tawaran Akses Rujukan (RAO) dan rundingan akan dimulakan selepas RAO dipaparkan. Tambah SKMM lagi, perbincangan untuk perjanjian akses dijangka akan selesai pada penghujung Septemer 2023. Jadi, sebarang penurunan harga dijangka akan berlaku selepas perjanjian akses dimuktamadkan.

Semakan harga MSAP telah berlanjutan sekian lama kerana kali terakhir ia diumumkan adalah pada 5 tahun lalu, sewaktu Gobind Singh menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia. MSAP menetapkan harga borong untuk jalur lebar dan pengurangan kadar MSAP dijangka akan menjadikan harga internet keseluruhan lebih murah atau kelajuan internet dipertingkat.

Kesan penurunan kadar MSAP pada 2018. Sumber: SKMM

Pada tahun 2018, perubahan harga internet dan kelajuan sangat ketara apabila pelan jalur lebar 30Mbps diperkenal dengan harga di bawah RM100. Manakala pengguna Unifi sedia ada menerima naik taraf Turbo sehingga 10x kelajuan.

TM telah memaparkan kadar RAO mereka minggu lepas dengan struktur harga bertahap. Tetapi kadar MSAP yang baru dilihat hanya dikenakan untuk tahap tertinggi iaitu 9Tbps sebulan. Menurut TM, pencari akses akan menikmati harga borong jalur lebar lebih rendah kerana RAO terbaru TM lebih murah keseluruhannya berbanding RAO yang dikeluarkan pada tahun 2018.

[Sumber: Malay Mail, SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?
  • SKMM jawab isu MSAP 2023, harga jalur lebar akan turun selepas September
  • TM jamin selesaikan isu MSAP, perjanjian akses dan RAO pada akhir September
Tags: Fahmi FadzilMSAPSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Fahmi jangka harga internet akan lebih murah menjelang September

Fahmi jangka harga internet akan lebih murah menjelang September

1 August 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN