Anda suka telefon kompak tapi mahu prestasi tinggi dan harga murah? Maka anda jangan terlepas peluang yang ada ini kerana Xiaomi mahu menjual telefon pintar flagship tahun lepas mereka, Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro pada separuh harga!
Khas pada Jualan Hari Gaji yang akan datang iaitu hari Isnin, 25 September 2023, Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro dengan potongan harga berikut:
- Xiaomi 12 (RAM 8GB + storan 128GB) –
RM2,899RM1,499 - Xiaomi 12 (RAM 8GB + Storan 256GB) –
RM2,999RM1,549 - Xiaomi 12 Pro (RAM 12GB + storan 256GB) –
RM3,899RM1,949
Tawaran ini hanya terdapat selama satu hari, di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee sahaja. Selain prestasi tinggi Snapdragon 8 Gen 1, siri Xiaomi 12 turut memiliki pengecasan wayarles tetapi ia tidak kalis air.
Selain itu, siri Xiaomi 12 menerima jaminan kemaskini keselamatan selama 4 tahun dan sistem operasi (OS) sebanyak 3 kali. Memandangkan ia dilancar dengan OS MIUI 13 berasaskan Android 12, maka siri Xiaomi 12 akan menerima kemaskini OS sehingga Android 15.
Spesifikasi Xiaomi 12
Xiaomi 12 adalah peranti kompak kelas flagship, memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Badan kecilnya memiliki skrin 6.28-inci, jenis AMOLED HD Penuh 120Hz.
Sistem tiga kamera ada di belakang, gabungan kamera utama 50MP F1.88, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Tiada kamera telefoto. Di hadapan pula ada kamera 32MP F2.45 yang terletak di dalam lubang di dahi skrin.
Bateri berkapasiti 4,500mAh terdapat di telefon ini. Tenaga mengecas yang tinggi turut disokong, sehinga 67W berwayar dan 50W wayarles. Sistem bunyi Xiaomi 12 adalah stereo menerusi dwi speaker yang menembak ke tepi.
Spesifikasi Xiaomi 12 Pro
Telefon yang lebih hebat dan besar ini menggunakan cip yang sama, Snapdragon 8 Gen 1, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Bateri hanya besar sedikit, 4,600mAh tetapi ada kuasa mengecas lebih tinggi 120W. Kuasa mengecas wayarles pula sehingga 50W.
Skrinnya bukan sahaja lebih besar, berukuran 6.73-inci jenis AMOLED LTPO tetapi lebih baik dengan resolusi lebih tinggi WQHD (3200×1400) dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Tahap kecerahan mencapai 1,000nits dan kecerahan tertinggi mencecah 1,500nits.
Kamera juga lebih hebat di Xiaomi 12 Pro, gandingan tiga kamera 50MP iaitu kamera utama 50MP F1.9, kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera telefoto 50MP F1.9. Kamera hadapan 32MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.
Sistem bunyi juga lebih baik, menerusi empat pembesar suara stereo iaitu sepasang twitter dan woofer. Ia ditala Harman Kardon dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos.
[Sumber: Xiaomi]